Saturday, October 16, 2010

Sesejuk udara Dublin tak akan memadamkan api dakwah kami

Bismillahirrahmanirrahim.

-From the Amir al-Muminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Khattab, radiya'llahu 'anhu, that he said, "I heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, saying, 'Actions are only by intentions, and every man has only that which he intended. Whoever's emigration is for Allah and His Messenger then his emigration is for Allah and His Messenger. Whoever's emigration is for some worldly gain which he can acquire or a woman he will marry then his emigration is for that for which he emigrated'." The two Imams of the hadith scholars narrated it - Abu Abdullah Muhammad ibn Isma'il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari and Abu'l-Husein Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushayri an-Naysaburi - in their two sahih books which are the most sahih books compiled.-



Hijrah satu pengorbanan. hijrah satu kepastian. bagi aku, hijrah satu kemenangan.

  Berada di bumi yang asing bagiku membuatkan aku merenung, meninsafi diri yang kerdil ini. sukar untuk aku bayangkan bagaimana untuk hidup di sini tanpa islam. jika tiada pegangan agama di sini, sudah pasti aku akan tersungkur sebelum mencapai matlamat aku. untuk itu, aku memanjat segala ucapan terima kasih aku kepada Yang telah memberi aku nikmat ini.

  Berada di bumi Dublin ini meningatkan aku bahawa aku berada di sini bukan atas usahaku, sebaliknya aku diutuskan ke sini untuk menunaikan tugasku. tugas ini bukanlah diberi kepadaku, sebaliknya aku sendiri yang memilihnya sebaik aku sedar dari tidur yang melalaikan. bukanlah dengan menunaikan tugas ini aku berjasa kepada agamaku, sebaliknya Allahlah yang telah memberi rahmat kepadaku. seperti mana seorang pekerja yang dikhabarkan tentang ganjaran yang amat bernilai kepada mana-mana pekerja yang rajin, sudah pasti dia akan mengkhabarkan berita baik itu kepada rakan-rakannya. lebih-lebih lagi jika ganjaran itu tidak terhad dan tidak akan berkurang tak kira berapa ramai yang akan diberi. begitu juga dengan perjuanganku menyebarkan berita baik ini. mana mungkin aku akan berhenti selagi rakan-rakanku masih belum mendapat berita ini.

  Aku akui perjuangan di sini tak sama seperti di kampung halamanku. aku juga tahu bahawa diri aku masih belum kuat dalam mengharungi rintangan perjalanan ini. namun, aku sedar bahawa Allah pasti akan membantu hambaNya yang menolong agama islam. akhir kata, semoga perjuanganku ini di bawah naungan dan rahmat Allah.

Amin.

1 comment:

Farzan said...

yeah...follower pertama :)

xde komen sgt pn, tu je nk ckp...hehe