Wednesday, March 21, 2012

Sang Hero

baru-baru ini telah berlaku satu perbincangan atas katil yang agak hebat di antara aku dan seorang kawanku. banyak jugalah yang kami bincangkan walaupun mungkin ianya agak lebih kepada 'dia tanya, aku jawab'. dan perbincangan itu banyak membuka mata hatiku dalam mengenal betapa kurangnya ilmu dan kefahaman aku terhadap jalan yang aku lalui ini. jika dibandingkan ilmu aku dengan orang lain, mereka lebih banyak dan lebih faham lagi akan jalan ini sedang aku masih lagi di sekolah rendah. dan aku sangat berterima kasih kepada kawan aku itu yang telah banyak mengajarkan kepadaku samada dia sedar atau tak.


islam bukanlah sesuatu yang baru, ianya bukanlah dicipta oleh muhammad. jika ianya dicipta oleh muhammad, maka apakah yang dianuti oleh adam, nuh, ibrahim dan rasul-rasul lain? mungkin syariatnya berbeza, mana mungkin nuh bersolat menghadap kaabah yang belum dibina, namun pokok akarnya sama. mentauhidkan Allah.   bukankah islam itu bererti tunduk? dan islam bukan sekadar ritual semata-mata. ianya adalah jalan hidup, salah satu dari jalan-jalan hidup yang ada, dan satu-satunya jalan hidup yang membawa ke syurga. islam datang sebagai penyelamat, yang menyelamatkan manusia dari jurang api neraka dan membawa mereka kepada kenikmatan syurga dan redha Allah yang dicari.

islam yang dibawa oleh muhammad, ialah islam yang sama yang dibawa oleh nuh, ibrahim, musa, isa dan rasul-rasul lain. mereka menyeru kepada menyembah hanya Allah, rabb bagi sekalian alam. mereka menyeru kepada fitrah manusia, dan menyucikan fitrah tersebut dari kejahilan nafsu. mereka datang dengan cahaya penyuluh jalan di kala manusia semua berada dalam kegelapan. mereka menentang taghut dan membebaskan manusia dari menyembah taghut yang fana kepada menyembah Allah yang abadi. mereka tidak meminta apa-apa ganjaran dari manusia kerana ganjaran bagi mereka hanyalah Allah. mereka tetap sabar ditimpa ujian, kerana ujian dunia itu akan lenyap tatkala mata memandang nikmat syurga. mereka adalah sang hero yang ditunggu-tunggu tatkala semua manusia berada dalam kesusahan.

dan jalan yang mereka tempuh, adalah jalan yang kami tempuh. seperti mana yang terakam dalam surah yusuf, jalan kami semua adalah jalan dakwah, menyeru kepada Allah. dan kami menyeru dengan keterangan yang jelas. tiada terselindung dan tidak perlu untuk kami berselindung, kerana islam itu jelas. inilah jalan yang kami pilih, selaku sang hero yang ditunggu. kami tidak akan gentar dengan mehnah yang akan menimpa kami, kerana itulah sunnatullah jalan ini yang telah diulang berkali-kali dalam al-quran. dengan langkah yang tenang, dan hati yang redha, kami laungkan kepada seluruh alam,

"akulah sang hero!"

lepas nih nak kena pikir nak pakai logo apa

No comments: