Monday, November 15, 2010

wahai khalifah, kenapa kau masih lalai?

kalian, izinkan aku memanggil kamu khalifah. tujuan aku untuk mengingatkan kalian tentang tujuan hidup kalian. ingat lagikah kalian, ketika Allah menanyakan siapakah yang mampu memikul tugas sebagai khalifah. kalian mengatakan bahawa kalian sanggup memikulnya. apakah kalian menganggap bahawa hidup kalian di dunia hanya untuk beribadah sahaja? atau adakah hidup di dunia ini hanya suka-suka sahaja? lupakah kalian, bahawa lebah-lebah juga beribadah kepada tuhannya? batu-batu, gunung-ganang serta pokok turut sama beribadat kepada sang penciptanya? lalu, apakah gunanya nikmat akal yang diberi kepada kita? adakah ianya sekadar hiasan atau lambang semata-mata? fikirkanlah, sudah pasti tujuan hidup kita tidak sama dengan makhluk yang lain, bahkan lebih baik lagi.


wahai khalifah,

tidakkah kau lihat dunia ini. kezaliman bermaharajalela. anak-anak kecil dibunuh begitu sahaja. wanita dimalukan, malah ada yang tampil untuk dimalukan. yang kuat dipuja, yang lemah menjadi mangsa. darah menjadi lebih murah dari setitik air, bahkan seperti tiada nilai langsung. adakah ini bumi Allah, tuhan yang maha adil? adakah tuhan leka dari segala fitnah dan maksiat ini? tidak sekali-kali, bahkan tuhan telah meletakkan pegawai-pegawainya di bumi. namun, kerana lalai, bumi terabai. oleh itu, sedarlah kalian. janganlah bumi ini tercemar dek kerana kelalaian kalian. 


wahai khalifah,

ingatlah bahawa bumi ini dahulunya pernah aman. bahawa bumi ini pernah ditadbir oleh khalifah terdahulu. tiada istilah kezaliman, yang ada hanya kasih sayang. tiada istilah kemunduran, yang ada hanyalah kegemilangan. tiada mereka, tiadalah kamera, tiadalah pembedahan, tiada impian terbang ke langit. manusia tidak lagi sesat ketika berlayar. banyak rekaan barat yang diilhamkan oleh kerajaan islam. namun, ianya telah hilang. kerana telah hilang cerucuk yang sebelum ini menjaganya. khalifah yang sebelum ini menjaganya telah lalai dengan fitnah dunia. hasilnya apa yang ada hari ini hanya tinggalan sejarah.


wahai khalifah,

jika kau turuti sejarah ini, kau akan sedari, bahawa asas kegemilangan islam bermula di zaman yang gelap. gelap dari cahaya fitrah. gelapnya jahiliyyah seperti gelapnya hari ini. lalu datanglah rahmat Allah, melalui jibril, disampaikan oleh pesuruhnya. lalu, selama tiga belas tahun rasulullah berdakwah, asas islam dibina dalam diri. sepuluh tahun di madinah, barulah syariat diturunkan. setelah wahyu terhenti, dan pergilah sang kekasih Allah, syiar islam diteruskan oleh ceruruk yang dibina. setelah beratus tahun kewafatan, barulah terbentuk satu empayar islam. semuanya takkan berlaku jika tiada asasnya. jika tiada tiga belas tahun itu, mana mungkin islam boleh menjadi gemilang seperti yang ada dalam sejarah.


wahai khalifah,

kalian sudah mengetahui sejarah. kalian sudah dengar, lihat dan rasai permulaan, kegemilangan, dan kejatuhan islam. kalian bukan lagi robot yang tidak tahu apa-apa. kalian adalah seorang hamba Allah dan khalifah di muka bumi. sedarlah, tujuan hidup kalian sudah ditentukan. sudah sampai masanya kalian mengambil alih tugas itu dari generasi terdahulu. sejarah lalu telah berlalu, masa hadapan tidak tentu. yang kalian ada hanyalah hari ini. dan apabila kalian ditanya di hadapan khalayak ramai di akhirat, ke mana lagi kalian ingin lari?

No comments: