Wednesday, October 20, 2010

Rahmat Allah ada di mana- mana, janganlah bersusah hati

Bismillahirrahmanirrahim.

- On the authority of Anas, who said: I heard the messenger of Allah say:

  Allah the Almighty has said: "O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as its."

related by Al-Tirmithi, who said that it was a good and sound Hadith.-

manusia tak pernah lari dari kesilapan. sudah menjadi fitrah manusia yang pelupa untuk berbuat silap. kerana itulah wujudnya kemaafan. jika tiada kemaafan, sudah pasti dunia akan huru-hara. si pesalah akan mengulangi kesalahannya kerana tahu tiada pengampunan bagi dirinya. yang merompak terus merompak, yang berzina terus berzina, yang membunuh terus membunuh. kerana bagi mereka sudah tiada jalan pulang setelah melakukan kesalahan. adakah Allah sekejam ini? TIDAK!

 justeru, aku sering teringat kata-kata sahabatku, "bukan kita yang menghukum perbuatan mereka, tetapi Allah. apa hak kita sehingga mengecop seseorang ini ahli neraka atau syurga!". kadang kala, tanpa kita sedar, kita selalu menghukum orang lain. "kenapa tak solat? tak masuk syurga tau", "eei, tak pakai tudung, bukan perempuan solehah ni", "sesiapa yang masuk kumpulan itu atau ini, kafirlah dia". aku sendiri juga tanpa sedar menghukum orang lain. namun aku sedar apalah guna pandangan aku berbanding pandangan Allah.

melihat diri sendiri, aku terjumpa punca masalah ini. takbur, sifat yang menjahanamkan iblis laknatullah. kita terlalu bangga dengan banyaknya solat kita, tingginya ilmu kita dan bertimbunnya sedekah kita sehingga kita memandang rendah orang lain. ingatlah, kita ini cuma hamba, yang nilainya sama sesama kita, kecuali dengan taqwa. jika kita masih belum mahu berubah, ingatlah, sebuah hadith yang diriwaratkan oleh imam Muslim dan At-Tirmizi, rasulullah (S.A.W) bersabda:  "One will not enter Paradise, if one has an atom’s weight of arrogance in his/her heart."

................................................................................................


sesungguhnya Allah maha pengampun, namun jangan kita bermain-main dengan keampunan yang diberi. keampunan Allah masih ada sehinggalah keluar nyawa dari kerongkong atau terbitnya matahari di sebelah barat. kita tidak tahu, bila kita akan mati, atau apa yang akan berlaku esok. oleh itu, apabila telah berbuat sesuatu kesalahan, bertaubatlah segera. jika berbuat lagi, bertaubatlah lagi. bertaubat dan bertaubatlah tanpa jemu kerana Allah tidak jemu menerima taubat hambaNya. 

janganlah gundah gulana, sedih hati kerana rahmat Allah ada di mana-mana. mohonlah ampun dariNya kerana kepada Dialah tempat memohon harap.


Amin. 

No comments: