Wednesday, October 27, 2010

Membentuk kefahaman sebelum bermula

Bismillahirrahmanirrahim.

-Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists).
Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
Read! And your Lord is the Most Generous.
Who has taught (the writing) by the pen.
Has taught man that which he knew not.-

seperti mana rasulullah yang disuruh membaca sebelum berdakwah, begitu jugalah halnya bagi setiap perkara. jika tidak ada ilmu, mana mungkin sesuatu urusan dapat dilaksanakan dengan betul. ilmulah yang membezakan orang yang tahu dengan yang tidak tahu. orang yang arif dalam sesuatu perkara akan dipandang mulia dan  begitulah sebaliknya.

wahyu yang pertama tidak hanya menyeru manusia menuntut ilmu, tetapi juga bertemakan aqidah. penciptaan manusia, kemuliaan sang pencipta dan pena menekankan soal akidah. islam yang turun di padang pasir, di kala tiada teknologi seakan zaman kini, menceritakan soal penciptaan manusia dari segumpal darah. mukjizat yang langsung tidak dapat ditolak, yang menunjukkan bahawa islam bukan agama rekaan muhammad. mana mungkin seorang yang yang tidak tahu membaca dapat mengetahui sesuatu yang hanya dapat dibuktikan kira-kira seribu empat ratus tahun setelah kematiannya. apabila turunnya ayat yang menceritakan tentang awan, hujan, kapal, gunung, syurga dan semua yang ghaib, orang kafir mekah memandang dengan pandangan yang pelik. namun, bukan bagi orang yang beriman. mereka tidak menolak walau satu ayat pun sungguhpun tidak pernah dibuktikan pada zaman itu. begitulah keimanan, tidak menafikan sains, namun tidak terbatas pada logik akal sahaja.

iman yang kita anuti bukannya seperti tahyul atau kepercayaan yang diada-adakan. iman kita adalah berdasarkan keyakinan yang mantap hasil berteraskan ilmu pengetahuan. jika ditanya tentang apa yang kita imani, kita mampu menjawabnya berdasarkan dalil-dalil nas dan akal. itulah yang membezakan islam dengan agama atau anutan yang lain. kerana itulah kita dituntut untuk mencari ilmu dan belajar. dan dengan ilmu itu, kita betulkan atau kita teguhkan keimanan kita terhadap Allah.



Amin.

No comments: