Thursday, November 4, 2010

Aku Rindu Padamu, Kekasih Gelapku

Bismillahirrahmanirrahim.

wahai kekasihku,
betapa aku rindu 
saat kau khabarkan kepadaku berita itu
saat hatiku yang dirundung kesedihan
engkau datang membawa kegembiraan
saat aku dalam kegelapan
kau datang dengan cahaya

wahai kekasihku,
betapa aku sedih
ketika aku dengar kisahmu
deritanya engkau dalam cita-citamu
ingin sekali aku bersamamu
apakan daya, takdir tuhan tiada siapa yang tahu

wahai kekasihku,
betapa aku cemburu
melihat engkau bersama yang lain
sedang aku tidak dapat bersamamu
menanggung suka dan duka
derita dan bahagia
namun diri ini sedar
 bahawa Allah maha mengetahui

wahai kekasihku,
bagiku kau kekasih gelapku
kerana aku tak pernah melihat wajahmu
dan kau tak pernah melihat wajahku
namun aku berdoa
semoga kita bertemu di tempat pertemuan yang terbaik
di hadapan Rabb kita berpelukan
bersama saudara kita berpegangan tangan

Amin.

No comments: