Tuesday, November 2, 2010

KMB - kami masih belajar

Bismillahirrahmanirrahim.



masa mematangkan kita. mengimbau kenangan lalu, membuatkan kita lebih bersedia untuk menghadapi ujian yang mendatang. 3 tahun yang lalu, aku adalah seorang yang baru bertatih dalam dunia ini. tidak tahu apa-apa, dan tiada sesuatu yang boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi tahun-tahun seterusnya. hidup di sekolah seperti mimpi indah yang hanya muncul dalam tidur. keluar dari alam persekolahan seperti terjaga dari tidur yang panjang. dan mimpi hanya mimpi, apabila terjaga terus pergi.

dunia bukanlah indah seperti yang terlihat oleh mata kita. ianya hodoh, tua dan lemah. namun, mata kita sering ditipu oleh hawa nafsu kita. pandangan kita ditutupi dengan debu-debu maksiat sehingga kita tidak nampak apa yang sepatutnya kita lihat. sehingga kita lalai dari tanggungjawab sebenar kita dan tujuan hidup kita. kita diulik mimpi indah yang pendek. bagi yang masih belum sedar, tidur mereka adalah syurga dan jaga mereka di akhirat adalah neraka. bagi yang telah sedar, diberi kepada mereka dua jalan, kembali tidur atau terus berjaga.

RUGILAH SIAPA YANG INGIN TIDUR KEMBALI!

terlalu banyak perkara yang telah aku pelajari sewaktu di KMB. namun, banyak lagi yang masih aku belum ketahui. tidak ada guna kita berbangga dengan ilmu yang kita ada kerana ilmu Allah lebih luas. dan tak guna kita berbangga jika ilmu yang ada tidak digunakan pada jalan yang betul. dan aku masih belajar, kerana hati seorang pelajar tidak pernah tertidur.


“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

Amin.

1 comment: