Thursday, December 23, 2010

virus-virus ukhuwah: kekuatan kita ada tiga

Bismillahirrahmanirrahim.

syaitan adalah musuh kita. apa yang dia mahukan adalah untuk kita menjadi lemah. cukuplah bagi dia jika kita lalai dari mengikuti jalan ini. kerana apabila kita sudah terpesong, kita akan menjadi lemah.

kekuatan kita ada tiga. iman, ukhuwah dan organisasi. jika salah satu dari ciri-ciri ini tiada, lemahlah kita. dan kekuatan ini hendaklah mengikut aturannya. iman menjadi prioriti, kemudian ukhuwah dan organisasi. jika tidak, kenapa rasulullah terpaksa menghabiskan tiga belas tahun hanya untuk akidah. kekuatan inilah yang hilang dari umat islam. kekuatan inilah yang cuba syaitan hilangkan dari diri umat islam. kekuatan inilah yang perlu dicari semula oleh umat islam.

virus-virus ukhuwah datang dari diri kita sendiri. ianya berpunca dari kealpaan kita. ukhuwah yang kita bina hanya dapat diruntuhkan oleh kelemahan kita sendiri. ukhuwah yang runtuh hanya dapat dibina kembali oleh kita sendiri. virus-virus ukhuwah hanya dapat disingkirkan oleh kita sendiri.

...

No comments: