Wednesday, December 1, 2010

kita bukan tuhan, dan tuhan tidak mati

Bismillahirrahmanirrahim.

bila dah sakit, baru kita sedar nikmat kesihatan yang dahulu kita lupa. baru kita ingat tentang kerdilnya diri kita sebenarnya. baru kita sedar kita ada tuhan rupanya. sebelum ini, kita fikir kitalah yang paling hebat. sebelum ini, tak ada apa-apa yang dapat sentuh kita. kita rasa kebal, seolah-olah kita manusia super. kita lupa,sehebat manapun seseorang, dia bukan tuhan. tuhan tidak pernah sakit. jika tuhan sakit, samalah dia dengan makhluk yang dia cipta. manusia bukan tuhan.

rasulullah sendiri pernah menderita. rasulullah pernah diludah, dicerca malah disihir. dia bukan tuhan. rasulullah sendiri pernah kalah dalam berperang. malah rasulullah juga tak mampu menolak kematian. sehebat manapun seseorang, dia bukan tuhan. khalid al-walid tak pernah kalah berperang. namun, dia juga tak boleh menolak kematian. umar sangat digeruni, sehingga syaitan tidak mahu lalu satu jalan dengan al-farouq. namun, dia juga tetap tak dapat menolak mati. cuma tuhan yang takkan mati.

kesakitan mengingatkan kita, hidup ini cuma sementara. dan kematian tetap akan datang, kita takkan mampu menolaknya. dan apabila ia telah datang, tidak ada penangguhan. dan tidak ada apa-apa yang dapat menolaknya, walaupun dengan kekuasaan ataupun harta sebesar bumi. firaun tak mampu menolak kematian. qarun tak mampu menolak kematian. kaum 'ad, yang memiliki tubuh badan yang besar tak mampu menolak kematian. dajjal, yang memiliki syurga dan neraka tak mampu menolak kematian. cuma tuhan yang takkan mati.

jangan kita anggap, jika kita tak memikirkannya, kematian tidak akan datang pada kita. ia tetap akan datang walau seberapa hebat kita cuba menolaknya. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapinya? orang yang bijak akan sentiasa mengingati mati. yang bodoh masih diulik mimpi indah dunia sementara. kita bukanlah tuhan. kita hanya makhluk.

ya Allah, kurniakanlah kami kesudahan yang baik. dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk.
-setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...-

Amin.

ps: x suke gambar pempuan tu

No comments: