Monday, December 27, 2010

virus-virus ukhuwah #2: lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

Bismillahirrahmaanirrahiim.

ukhuwah kita adalah kerana Allah. Dialah yang menyatukan hati kita, Dialah yang memisahkan kita. pertemuan dan perpisahan itu ditentukan oleh Allah.

seorang yang menginginkan kebaikan, mana mungkin akan selesa bersama seseorang yang menyukai perkara sia-sia. jika setiap pertemuan mereka diisi dengan lagha dan maksiat, mana mungkin si yang meminta islah berasa gembira. begitu juga jika setiap pertemuan mereka diisi dengan peringatan dan nasihat, sudah pasti si yang suka bermain-main akan berasa resah dan gelisah. jika setiap pertemuan hanya akan menyusahkan salah seorang dari mereka, mungkin lebih baik bagi mereka untuk berpisah.


"tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya".




tujuan perkara ini ditulis adalah bukan untuk kita menyalahkan satu sama lain atas kegagalan ukhuwah kita, atau untuk menjadi alasan memutuskan sesebuah hubungan, sebaliknya untuk mengingatkan diri kita bahawa kita ada tuhan. sesuatu hubungan sesama manusia tidak berguna jika tiadanya hubungan yang kukuh terhadap Allah. adakah kita mahu mengorbankan satu ukhuwah hanya untuk menikmati sedikit kenikmatan dunia? ketahuilah bahawa nilai ukhuwah lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya. janganlah dikorbankan persaudaraan kita hanya kerana sesuatu yang sementara.

No comments: