Sunday, January 30, 2011

tentang cinta dan hati

bismillahirrahmanirrahim.

saya sayang pada kawan-kawan saya. jika saya merasa simpati kepada anak-anak yatim, kepada orang-orang miskin, kepada yang mempunyai kekurangan dalam hal dunia, sepatutnya saya lebih merasa kesian pada yang mempunyai kekurangan dalam hal akhirat. bukankah, saya percaya bahawa akhirat itu lebih bernilai dari dunia? jika orang yang tidak berbelas kasihan pada anak-anak yatim dan orang-orang miskin dilabel sebagai orang yang mendustakan agama, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berbelas kasihan pada yang kekurangan dalam hal akhirat? sekali lagi saya kata, saya sayang pada kawan-kawan saya.

namun, mengapakah perasaan ini sangat berat untuk dizahirkan? apakah yang menyebabkan diri ini masih tak bergerak? apakah yang menyebabkan lidah ini kelu untuk menyelamatkan kawan-kawanku?

wahai diri, hatimu masih kotor. bagaimana kamu dapat menyelamatkan kawanmu jika dirimu sendiri engkau tidak dapat selamatkan. tangan yang ingin menarik sangat lemah. apakah kau fikir rakanmu mahu mengikutimu jika engkau sendiri tidak mengikut jalan yang betul? wahai diri, sucikanlah hatimu.

saya sayang kawan-kawan saya. sayangnya saya kepada mereka sehingga tiada hari yang berlalu tanpa sedetik rindu. saya mencintai kawan-kawan saya dunia dan akhirat. untuk itu, saya ingin menyucikan hati saya. hati yang sebelum ini berkarat. hati yang sebelum ini kotor. saya ingin menyucikan hati saya, kerana saya adalah hamba Allah dan saya sayang kawan-kawan saya.

-ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih tahu bahawa hati-hati ini-

No comments: