Tuesday, January 25, 2011

pilihlah kuburmu!

bismillahirrahmanirrahim.

gugurnya sumayyah dan yasir: diseksa dan diseksa saban hari. dalam terik matahari dan panas padang pasir. namun, hati mereka tetap pada yang esa. penderitaan yang mereka alami terasa bagaikan jentikan dan geletekan. rasa sakit yang dirasai ditawarkan dengan khabar gembira syurga. syurga bagimu wahai syuhada' pertama.

gugurnya mus'ab dan hamzah: dalam perang uhud, tiada yang lebih membuatkan orang kafir gentar melainkan singa Allah yang menghayun pedangnya di tengah medan. akhirnya singa ini mati ditikam tombak yang dibaling dari persembunyian. ketika orang islam berpecah-belah, bendera islam tetap tidak jatuh. si pembawa bendara ini tidak rela melepaskan islam demi diri sendiri. lalu, terus dia berpegang pada bendera itu. akhirnya libasan pedang kafir membunuhnya. syahidnya hamzah dan mus'ab sedang tiada kain yang cukup untuk mengkafan keduanya, namun bagi mereka dan syuhada' uhud sekaliannya, syurgalah ganjaran yang setimpal untuk mereka.

gugurnya zaid, ja'far dan abdullah bin rawahah: ketika mereka melihat tentera rom, tergerak hati mereka untuk memohon bantuan. lalu, berdirilah sang penyair menyalakan hati mereka. maka gugurlah zaid, bekas hamba yang memilih rasul berbanding ayahnya. maka gugurlah ja'far, orang yang pertama berhijrah dan syuhada' yang mempunyai dua sayap. maka gugurlah abdullah bin rawahah, sang penyair yang turut serta dalam perjanjian aqabah. lalu panji islam dipegang oleh pedang Allah yang terhunus, yang menggegarkan hati setiap tentera rom dari mu'tah ke yarmuk. bagi syuhada' di mu'tah, apakah yang lebih baik dari balasan syurga?

gugurnya umar ketika bersolat. gugurnya uthman sambil memegang al-quran. gugurnya talhah dan zubair yang lari dari fitnah. gugurnya ammar bin yasir ketika menyeru perdamaian. gugurnya ali ketika keluar untuk solat.

gugurnya imam hassan al-banna. gugurnya sayyid qutb. gugurnya syeikh ahmad yassin. gugurnya abdul aziz rantisi. gugurnya mereka kerana islam.

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam taurat, injil dan al-quran. dan siapakah yang lebih benar janjinya berbanding Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."

mati itu adalah satu kepastian. bila, dan di mana itu sudah ditentukan. kitalah yang menentukan bagaimana. pilihlah kuburmu!

No comments: