Sunday, February 6, 2011

the beautiful story of yusuf


kisah yusuf mengajar kita bahawa sabar itu cantik. cantiknya sabar hanya dapat dikesan oleh mereka yang betul-betul memahami. kisah seorang pemuda yang berjauhan dari keluarganya, digoda oleh isteri tuannya, dipenjara atas kesalahan yang tidak dia lakukan dan akhirnya bertemu semula dengan ibu bapa dan saudaranya.

yusuf adalah seorang pemuda. seperti mana seorang lelaki yang sihat, dia juga mempunyai keinginan. namun, Allah telah menyelamatkan dia dari dilalaikan oleh hawa nafsu. disebabkan itu, dia memilih penjara berbanding perempuan. dalam penjara, dia tidak pernah melupakan tugasnya menyampaikan risalah tuhan. dan dia masih bersabar walaupun terpaksa menunggu beberapa tahun lagi. akhirnya dia angkat menjadi bendahara di bumi mesir dan bertemu dengan keluarganya kembali.

maka, tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan kisah ini berbanding kata-kata Ya'kub, "dan sabar itu cantik!"

No comments: