Friday, February 11, 2011

tentang cinta dan perpisahan

bismillahirrahmanirrahim.

mus'ab

gugurnya beliau di medan uhud. namanya kekal di ingatan sahabat, sehingga mereka menangis tatkala dihidangkan makanan yang mewah, lantaran teringat bagaimana miskinnya beliau dengan harta dunia, namun begitu kaya dengan akhirat.

abu 'ubaidah

orang yang berada di bawahnya menjadi prioriti baginya. perintah orang atasannya sanggup dia tidak penuhi demi tanggungjawabnya. matinya beliau di medan juang, bukan kerana tikaman atau panahan, tidak pernah dia berniat melarikan diri. sehingga umar berhajat untuk memenuhkan sebuah rumah dengan pemuda sepertinya.

muhammad

perginya bagaikan hilang cahaya yang sebelum ini menerangi madinah. ramai yang tidak percaya akan pemergiannya. namun as-siddiq menyedarkan mereka. bahawa semua yang hidup pasti akan kembali pada tuhannya.


pemergian, perpisahan adalah lumrah kehidupan. bagi dua orang yang saling mencintai, berpisah adalah sesuatu yang amat berat bagi mereka. rindu yang mencengkam tatkala berjauhan bagai menghiris hati-hati mereka. dan bagi yang meyakini, perpisahan itu mereka terima dengan redha.

kerana jika tiada perpisahan, tiadalah pertemuan kembali. dan pertemuan apakah yang lebih baik dari pertemuan di syurga kelak!

No comments: