Friday, August 12, 2011

#48 Mencari sakinah yang hilang

insyaAllah, jika diizinkan Allah, post ke-53 akan didekasikan sempena hari kemerdekaan tanah air kita. kerana cinta dan rindu dan sayangnya seorang anak kepada ibu.
***

kebanyakan manusia hari ini sedang ditimpa satu pertanyaan yang besar. satu soalan yang memerlukan satu jawapan yang sebetulnya. kerana sebelum ini kerana tersilap menjawab, kebanyakan manusia dihimpit pelbagai bala. lalu soalan ini ditimbulkan kembali, oleh sebahagian yang sudah tidak tahan lagi. lalu dengan perasaan yang membuak mereka berkata, "di manakah kebahagiaan?"

sedang sebelum ini juga mereka pernah ditanya soalan ini. lalu setelah berjenis-jenis buku dibaca, dan segala macam ahli falsafah dirujuk, entah bagaimana mereka boleh mereka satu jawapan yang sangat ajaib? entah bagaimana mereka boleh mencipta satu formula yang begitu aneh di mata orang yang berfikir? dengan bangga dirinya mereka katakan bahawa kebahagiaan itu datang dari hiburan dan keseronokan, menolak segala yang nafsu kata menyusahkan, dan memutuskan tali penghubung antara tuhan dengan manusia. dengan bangga dirinya mereka katakan merekalah yang paling bertamadun sekali. begitu aneh sekali!

mereka fikir teori kebahagiaan merekalah yang paling betul. mereka fikir cara merekalah yang terbaik. dan mereka lupa bahawa mereka hanyalah manusia, sama seperti manusia-manusia lain; lemah dan jahil. dan manusia tidak kira siapapun, raja mahupun hamba, saudagar mahupun sang pengemis, adalah lemah dan jahil tanpa pimpinan sang pencipta. siapalah yang lebih mengetahui tentang diri seseorang itu jika bukan sang pencipta manusia dan alam? kerana itulah, mana-mana teori yang bercanggah dengan sunnah Allah serta-merta tertolak.


lalu, apakah dia jawapan bagi persoalan ini? di mana hendak dicari kebahagiaan yang hilang ini? maka kata-kata Allah menjadi rujukan;

kebahagiaan itu dari hati yang tenang, yang mengingati Allah, yang tunduk kepada sang pencipta sekalian alam, yang menghambakan diri hanya pada yang esa, yang menjadikan al-quran dan rasul sebagai panduan hidup. mereka yang mencari Allah akan menjumpai kebahagiaan.

kerna alam ini tertakluk pada ketentuan sang pencipta. maka carilah kebahagiaan di sebalik kehambaan.

No comments: