Saturday, August 13, 2011

#49 Agama yang menghampiri keruntuhan

insyaAllah, jika diizinkan Allah, post ke-53 akan didekasikan sempena hari kemerdekaan tanah air kita. kerana cinta dan rindu dan sayangnya seorang anak kepada ibu.
***



mereka fikir mereka boleh menipu orang ramai. mereka fikir mereka boleh menipu tuhan. alangkah bodohnya mereka, tiada siapa yang mereka mampu tipu melainkan diri mereka sendiri.


ya, tidak dinafikan tamadun yang terbit hasil buah fikiran mereka telah memberi banyak manfaat kepada manusia. tiada siapa yang mampu menafikan hasil usaha mereka membawa kemodenan dan sains kepada manusia. namun, apalah guna segala harta benda dunia jika dijual akhirat yang abadi.


mereka merasakan bahawa agama mereka telah mengongkong kebebasan mereka sebagai manusia. ya, tidak dinafikan dalam sejarah bahawa mereka pernah dikongkong. tidak juga dinafikan bahawa mereka pernah dituduh ahli sihir oleh ahli-ahli gereja. lalu, kerana fobianya mereka pada perkataan 'agama', dengan bangga dirinya mereka kata, "kami menolak tuhan dan segala yang berkaitan dengannya." namun, entah mereka sedar atau tidak, mereka telah mengambil sains sebagai tuhan mereka yang baru.


agama materialisme yang mementingkan kebendaan duniawi semata-mata bukanlah cara hidup yang betul. mana mungkin suatu agama yang menidakkan tuhan mampu memuaskan hati manusia yang nalurinya memerlukan tuhan. lalu, kerana tangan-tangan yang bodoh dan angkuh ini, berlakulah segala kerosakan pada bumi tuhan ini. apakah tuhan yang maha kuasa hanya akan membiarkan mereka ini bersenang-senang sedang makhluk lain menderita?


sudah menjadi ketetapan Allah bahawa cahaya Allah akan bersinar menghapuskan kegelapan jahiliyyah. laksana datangnya pasukan berkuda islam menghapuskan agama tahyul parsi dan agama kebendaan rum. dan di saat runtuhnya agama yang jahil, bangkitlah ad-din yang ditunggu-tunggu.

No comments: