Wednesday, September 21, 2011

Ayam masak tomato pedas

kerna hakikatnya kita semua sering mengejar kesempurnaan. kita semua mahukan yang terbaik. jika dahulu, kita mahukan 'A' dalam semua subjek, UPSR, PMR, SPM. kemudian, kita mahukan 'first class honour'. apabila sudah bekerja, kita mahukan gaji besar pangkat besar. kita mahukan pasangan yang terbaik. kita mahukan hidup yang baik.

namun, berapa ramaikah yang mahukan mati dan akhirat yang terbaik?

jika kita berlumba-lumba untuk mengejar yang fana, kenapa pula bertangguh mengejar yang abadi? bukankah yang abadi lebih tinggi harganya dari yang tidak kekal? adakah kita sudah benar-benar faham bahawa dunia ini hanyalah mainan semata-mata, dan akhirat jualah tempat kembali yang kekal? atau kita hanya mengatakan apa yang kita belum fahami?

kerana kefahaman inilah, hebatnya para sahabat berlumba-lumba mengejar akhirat. uthman yang menginfakkan beratus-ratus unta, umar dengan separuh hartanya dan abu bakr yang meninggalkan bagi keluarganya hanya tiada kecuali Allah. bagaimana mereka sanggup berhadapan dengan ahli keluarga sendiri, meninggalkan rumah dan harta semata-mata kerana Allah. merekalah yang telah benar-benar faham bahawa nilai dunia ini amatlah tidak berharga jika dibandingkan dengan akhirat.

bagaimana pula dengan kita?
sudahkah kita mengimpikan akhirat yang terbaik bagi kita?
kejarlah akhirat, dan janganlah lupa pada dunia.

No comments: