Thursday, September 15, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api

seringkali apa yang ideal bagi manusia bukanlah ideal yang sebenar. atau dengan kata lain, apa yang ideal di mata manusia bukanlah apa yang ideal pada pandangan Allah. jika benar bahawa ideal manusia itu sama dengan ideal Allah, sudah pasti islam tetap akan menang dalam apa sahaja peperangan. namun, Allah memenangkan orang islam di badr dan memenangkan orang kafir di uhud. kerana Allah tahu dan kita tidak tahu.

ideal bukanlah lawan bagi praktikal, lawan bagi praktikal adalah utopia. islam agama yang praktikal. islam adalah agama yang ideal. namun, itu semua adalah pada pandangan Allah serta hambaNya yang beriman. kerana jika benar semua mengakui bahawa islam agama yang ideal, sudah pasti tidak akan ada agama atau ideologi yang lain. kerana berbezanya pandangan dan tahap pemikiran manusia.

dan pandangan siapakah yang lebih benar? pandangan manusia yang penuh dengan titik buta atau pandangan sang pencipta yang maha melihat? mana mungkin sama ilmu Allah dengan ilmu manusia. sedang apa yang ada pada manusia hakikatnya hanyalah apa yang telah diajarkan oleh Allah. tanpa izin dan kehendakNya, mana mungkin manusia boleh belajar ilmu dan menggunakannya.

ada orang yang bertanya, "kenapa ini dan kenapa itu?" kerana naluri mereka mahukan penjelasan bagi setiap perkara. bagi mereka, cukuplah dengan jawapan ibrahim kepada hajar, "kerana Allah".

boleh jadi apa yang kita suka adalah buruk bagi kita. boleh jadi apa yang kita benci adalah baik bagi kita. bukankah kekurangan dan kelemahan kita adalah bukti bahawa Allah maha mengetahui lagi bijaksana?

No comments: