Tuesday, September 13, 2011

Roti Cicah Jem Blueberry dan Coklat

tidak perlu untuk kita melihat jauh-jauh ke arah bintang-bintang di langit menggunakan teleskop. tidak perlu juga untuk kita menggunakan mikroskop mengkaji bakteria-bakteria dan sel-sel yang halus. tidak perlulah juga untuk kita melihat satu keajaiban yang tidak dapat diterima akal semata-mata untuk kita mempercayai adanya tuhan. cukuplah untuk kita melihat apa yang kita makan.

berapa ramai dari kita yang makan tanpa mengetahui untuk apa dan kenapa, bagaimana dan ke mana. untuk apa kita makan? kenapa perlu untuk kita makan? bagaimana makanan itu boleh sampai dari asalnya ke perut kita? ke mana pula makanan itu akan pergi seterusnya? dan persoalan-persoalan yang begitu banyak yang begitu penting untuk kita jawab. adakah dia hanya makan kerana dia mahu makan? sekali-kali tidak!

tidakkah dia melihat, bahawa manusia, yang memiliki daya berfikir dan kreativiti, juga memerlukan makanan untuk hidup dan menjalankan aktiviti harian? ternyata walau sepintar manapun manusia, dia tidak akan dapat lari dari bergantung kepada sumber alam untuk nutrisi. manusia yang tidak mampu untuk hidup tanpa makanan dan air, lalu mereka berkata yang "kami tidak memerlukan kebergantungan"? alangkah jahilnya mereka!

dan pada makanan yang mereka makan, pada sudut atom, adalah molekul-molekul yang terbentuk dari karbon, hidrogen, nitogen, oksigen dan lain-lain. namun, tidakkah mereka fikir bahawa atom-atom ini juga terdapat dalam udara mereka, kenapa pula perlu bersusah payah untuk makan jika hanya perlu menghirup udara sekelilling yang penuh dengan 'nutrisi-nutrisi' ini? dan bukankah lebih senang bagi seseorang yang mengalami kekurangan zat besi memakan bijih besi yang ada untuk merawati penyakitnya? sebenarnya, tubuh badan yang kompleks juga harus menerima nutrisi dengan cara yang spesifik supaya aktivitinya tidak terganggu atau tercemar. bukankah ini adalah tanda-tanda kewujudan sang pencipta yang maha bijaksana dan maha mengetahui?

kita yang terlalu asyik melihat pada satu sisi pasti akan terlepas pandang pada sisi yang lain. bukankah kita mengakui bahawa tiada apa yang diciptakan oleh Allah adalah sia-sia?

No comments: