Saturday, November 26, 2011

Of Highway and a Road

bayangkan kita sedang memandu dari johor ke perlis. dan kita sedang memandu di lebuh raya utara selatan. sedang kita seronok memandu, tiba-tiba kita melihat ada pondok tol di hadapan kita.

lalu, kita ada dua pilihan;
a) membayar duit tol dan meneruskan perjalanan kita
b) membelok masuk ke jalan-jalan kampung dan meneruskan perjalanan kita
c) tidak berbuat apa-apa

sudah pasti pilihan (c) ditolak awal-awal lagi. mana mungkin kita akan sampai ke destinasi kita hendak tuju. adakah logik sebuah kereta itu dapat sampai ke destinasinya jika pedal minyak tidak ditekan? kerana itulah pilihan yang logik tinggal dua.

pilihan apakah yang betul? dua-dua betul. kerana kedua-duanya mampu sampai ke destinasi. namun, pilihan manakah yang lebih menguntungkan?

jika kita memilih untuk melalui jalan kampung, sudah pasti kita tidak perlu untuk membayar tol. dan dengan duit yang kita berjaya jimatkan, kita boleh membeli snek dan minuman di mana-mana stesen minyak di tepi jalan. namun, haruslah diingati bahawa jalan kampung ini lebih jalan dan lebih banyak simpang. jalan kampung akan memakan masa yang lebih kerana sempit dan banyak kali berhenti. apabila masa yang diambil lebih lama, sudah pasti perjalanan itu lebih memakan minyak. dan ada juga kemungkinan yang kita boleh tersesat sehingga ke kelantan!

dan apakah faedah yang boleh kita dapat dengan melalui lebuh raya? perjalanan yang selesa, menjimatkan minyak dan kurang kadar kemalangan. dan agak memalukan juga jika kita tersesat apabila melalui jalan yang tiada simpang ini! cuma yang perlu kita korbankan adalah beberapa ringgit untuk membayar duit tol.

lalu, apakah signifikannya perumpamaan ini dengan kerja kita?
kerana untuk sampai ke destinasi kita, kita diberi dua atau tiga atau lebih pilihan. ada pilihan yang kita rasakan ianya yang paling senang, namun ada jalan lain yang lebih efisien.
kerana itu, bijaklah memilih.


No comments: