Saturday, November 19, 2011

of Truth and Conformity

pengaruh rakan sebaya.

perkataan yang sering dimomokkan oleh ibu bapa kita.
perkataan itulah yang sering dijadikan alasan oleh kita.
namun perkataan itu hanyalah sebahagian dari sesuatu yang lebih besar lagi.
kerana manusia begitu mudah terpengaruh dengan persekitarannya.

conformity.

ramai yang mengatakan mereka itu bebas, namun mereka terikat. terikat dalam satu kandang yang dipanggil 'conformity'. mereka melaung-laungkan slogan mereka, "jadilah bebas!", namun makna sebenar mereka adalah, "jadilah bebas dari agama dan ikatlah diri kamu bersama kami!" mereka melaungkan slogan kebebasan namun mereka mahu semua manusia menjadi hamba kepada hawa nafsu mereka sendiri. mereka mengatakan bahawa mereka inginkan kemajuan namun mereka mengajak kepada kebinatangan. mereka mengatakan merekalah juara dalam kebebasan bersuara namun suara yang bebas hanyalah suara mereka manakala suara lain didiamkan dan ditenggelamkan. 

truth

adakah yang ramai itu betul? 
adakah yang ramai itu pasti akan menang?
adakah yang ramai itu berada dalam kebenaran?

al-quran telah merakamkan kisah-kisah yang begitu cantik sekali, kisah nuh, ibrahim, lut, musa, talut, ashabul kahfi, isa. dan kisah muhammad sendiri. ramai tak bererti benar. sedikit tidak selalu kalah. begitu juga dengan hunain, di kala bilangan yang ramai tidak sedikitpun memenangkan, dan kemenangan itu pula dicapai oleh mereka yang sedikit. dan siapakah yang lebih ramai? mereka yang bersama dalam jalan yang lurus atau mereka yang menentang pemberi khabar gembira dan peringatan? siapakah yang dikalahkan?

freedom

adalah satu perkataan yang amat berkuasa. boleh digunakan untuk menyokong mahupun menentang. kerana itulah kemerdekaan harus didefinisikan melalui neraca yang benar. dan apakah kata neraca itu? hayatilah kata-kata mereka, "merdeka adalah membebaskan diri dari taghut kepada menghambakan diri kepada rabb yang esa". bebas dari hawa nafsu yang mengikat hati dan akal kepada mengikat diri ke dalam din yang menghidupkan hati, akal dan fitrah. bebas dari mengikut orang kebanyakan membuta tuli kepada menggenggam pendirian sendiri yang berdasarkan dalil dan hujah yang benar. 

truth

dan jika mereka masih ingin berpegang dengan dakwaan bahawa mereka itu ramai, bilanglah berapa banyak makhluk yang diciptakan oleh sang khalik di muka bumi. semuanya memuji dan membesarkan tuhan mereka kecuali sebilangan kecil yang begitu sedikit bilangannya. dan begitu aneh sekali, bagaimana mereka yang sedikit ini masih lagi angkuh dengan kejahilan mereka ini?

dan al-khalik itu maha berkuasa. apakah masih belum tiba masa untuk mereka sedar?


No comments: