Friday, June 8, 2012

Bebas

ramai orang yang berbicara tentang soal kebebasan. namun, tidak ramai yang benar-benar memahami makna sebenar kebebasan. apa yang mereka laungkan hanyalah interpretasi mereka sendiri. di mata mereka, itulah kebebasan, namun mata manusia tak mungkin sama.

untuk memahami makna sebenar kebebasan, seseorang haruslah memahami terlebih dahulu tujuan hidupnya. umpama seekor burung, dia tidak bebas jika dia tidak terbang tinggi di langit tanpa halangan atau sekatan. lalu, sebelum dia terbang, dia haruslah terlebih dahulu tahu bahawa dia diciptakan dan mampu untuk terbang.

tanpa mengetahui tujuan hidup, makhluk akan terumbang-ambing tanpa arah, kerana dia tidak tahu ke mana, untuk apa dan bagaimana dia perlu hidup. seekor burung yang tidak tahu bahawa dia boleh terbang akan tetap di tanah, menjadi makanan sang ular dan musang. seekor singa yang tidak tahu bahawa dia sang singa, dia fikir dan dia diberitahu bahwa dia seekor kijang, lantas hidupnya seperti kijang.

kerana itu, tanyalah pada diri. pandanglah pada cermin, perhatikan diri sendiri. burung, apabila dia melihat di sisinya ada sayap, lalu dia berfikir, untuk apa dijadikan sayap ini? lalu dia mencari jawapannya, bertanya dan merujuk. lantas dia bertemu jawapannya, dan mengibarkan sayap terbang di langit tinggi.

burung yang terbang tinggi adalah burung yang bebas. manusia yang mengenal tujuan hidupnya, lalu dia hidup berpandu, tanpa halangan, maka dia adalah manusia yang bebas.

itulah erti kebebasan.


No comments: