Tuesday, June 5, 2012

tadabbur sungai

rosaknya seorang manusia adalah kerana statiknya dia. kerana manusia itu umpama air, dan dia diciptakan dari air, lalu seperti mana air itu akan mengumpul kotoran dan sisa apabila bertakung, begitu jugalah manusia.

lalu, di sinilah pentingnya tarbiyyah. jika difahami makna terjemahannya, tarbiyyah beerti didikan atau asuhan. sudah pasti ianya betul, dan begitu juga dengan tafsiran-tafsiran yang lain, selagi ianya tidak bercanggah dengan makna yang disepakati umum. lalu aku mentafsirkan tarbiyyah melalui sebuah anologi, anologi sebuah sungai yang mengalir.

umum mengetahui, bahawa sebuah sungai itu berpunca dari mata air yang terbit dari gunung. dan tujuan sungai itu adalah untuk mengalir dari mata air sehingga ke laut. jika dia sampai ke laut, maka terlaksanalah tugasnya. dan sudah pasti laluan yang diredahi itu penuh dengan cabaran dan halangan, dari batu yang besar keras ataupun liku yang memesongkan. jika di hulu, laluannya agak mudah, kerana tarikan graviti dan geografi yang membantu air sungai turun dengan deras, berbeza pula dengan muara yang landai lalu daya graviti tidak banyak membantu. jika di hulu, tampak laut yang luas membiru, maka di muara, kadang kala tidak ternampak laut itu walaupun dia tahu, dan semua tahu bahawa destinasi yang dituju itu pasti. sungai itu kadang kala mengalir deras, kadang kala perlahan, kadang kala sampai, ada juga yang terhenti kerana terhalang atau atau hilang daya yang menggerak. perjalanan itu adalah tarbiyyah. daya yang menggerakkan itulah yang menentukan samada dia akan sampai atau tidak.

ada sungai yang panjang, namun sampai ke laut.
ada sungai yang pendek, namun terhalang di tengah jalan.
ada sungai yang lebar, namun perlahan, tak nampak arusnya.
ada sungai yang kecil, namun deras dan kuat suaranya mengalir.
ada sungai yang dari awal ke akhir tidak memperlahankan rentaknya.
ada sungai yang awalnya deras, namun semakin lama semakin perlahan.
begitulah tarbiyyah, masing-masing ada cerita sendiri.
likunya berbeza, batunya berbeza,
destinasinya sama.


No comments: