Monday, November 8, 2010

IB - Kisah Dua Golongan

Bismillahirrahmanirrahim.

-dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan yang kanan itu, dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu, dan orang-orang yang paling dahulu ( beriman ), merekalah yang paling dahulu ( masuk syurga ) -








kembali kepada kehidupan di KMB (lagi), kita semua pernah menduduki peperiksaan. ada yang berjaya, ada yang gagal. ianya lumrah peperiksaan. IB exam adalah salah satu contoh peperiksaan di dunia. namun kita lupa, kita sebenarnya sedang menduduki satu 'peperiksaan' yang sangat penting. 'peperiksaan' ini menentukan samada kita akan ke syurga dan neraka. jika kita gagal dalam peperiksaan IB, besar kemungkinan impian kita untuk meneruskan pengajian terkubur. namun, ia tak bermakna hidup kita sudah tidak berguna lagi. masih ada peluang untuk meneruskan pengajian jika kita mahu. berbeza dengan 'peperiksaan' ini, tidak ada istilah 're-sit paper' atau 'second or third attempt'. peluang cuma sekali sahaja, dan setelah selesai, tiada lagi peperiksaan. hanya penilaian dari sang pemeriksa.

Allah telah menetapkan, lulus atau gagal dalam 'peperiksaan' ini bergantung pada kalimah ' la ilaha illa llah '. siapa yang kata-kata terakhirnya adalah syahadat bererti dia sudah lulus. namun, tiada siapa yang tahu adakah dia mampu mengatasi ujian mati. kisah si abid dan syaitan memberi kita pengajaran, bahawa kita tidak mungkin dapat ke syurga walaupun amalan kita sebesar gunung, tetapi pada akhirnya kita tersesat. sungguhpun begitu, kita juga tahu kisah pembunuh seratus orang yang ingin bertaubat, lalu dimasukkan ke syurga. takdir Allah; tiada siapa yang tahu.

di sebalik golongan syurga, terdapat dua golongan. salah satunya tinggal di mahligai-mahligai indah di tengah syurga, bersama bidadari jelita yang di bawahnya mengalir empat batang sungai. adapun golongan yang ke-dua tinggal di pinggir syurga di bawah rimbunan pepohon di samping isteri mereka. dan golongan yang ke-dua ini sangat mencemburui golongan yang pertama. manakan tidak, nikmat yang diberi kepada mereka tidak sama. mereka cemburu, dan menyesal, memikirkan kenapa mereka tidak beramal sama seperti golongan pertama tadi.

dalam peperiksaan IB, ada yang menginginkan lulus sahaja, namun ada yang bercita-cita ingin mencapai tahap tertinggi dalam kursus ini, iaitu 45 points. itulah manusia, tak pernah sama cap jari. namun, adakah kita telah ditetapkan untuk berada dalam kelompok tertentu atau kita sendiri yang memilih di mana kita berada? fikirkanlah, ya kita akan masuk syurga jika kata-kata terakhir kita adalah syahadah, namun adakah kita ingin berada di dalam mahligai yang tidak terbayang oleh deria yang lima atau sekadar melihat di pinggiran sahaja? adakah kita ingin merasa sesal di syurga sedangkan sepatutnya sudah tiada lagi keluhan sebaik memasukinya?
fikirkanlah.

" ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam as-sabiqun, dekatkanlah aku dengan rasulullah, dan redhakanlah perjuangan kami ini"

Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Sobri!~

"golongan yang ke-dua tinggal di pinggir syurga di bawah rimbunan pepohon di samping isteri mereka. dan golongan yang ke-dua ini sangat mencemburui golongan yang pertama"

- Mcm sedih jer... suami tak nak ngan isteri sendiri ... :3 ... but I so totally get what you mean. Haha.. Sama2 berusahala kite.. :) -

wawa said...

i love ur post. thank you sobri. i love it. =)