Saturday, November 27, 2010

jika kau ditanya soalan ini...

kenapa nak jadi orang islam? agama islam itu sempit. banyak peraturan. tak boleh buat itu dan ini. tak boleh minum arak, tak boleh makan babi. yang perempuan kena pakai sampai tak nampak apa-apa. lepas tu lelaki dan perempuan tak boleh bersama-sama. lepas tu kena solat lima waktu, tak penat ke? kalau ada kelas atau mesyuarat kena tangguh dulu untuk solat. membazir masa je. kenapa nak tahan lapar sampai sebulan. kalau nak turunkan berat badan baik pakai pil je. kenapa nak sampai ke mekah kalau nak tunaikan haji? masjid kan banyak, buat je kat mana-mana pun.

kenapa nak belajar agama? bosanlah, balik-balik benda yang sama sahaja. solat, zakat, puasa, semua benda tu aku dah tahu. bab air, bab najis tu kadang-kadang tak payah belajar pun. agama ni bosanlah. aku belajar sehari pun dah dapat 'a'. baik belajar medik. nanti bila besar boleh jadi doktor. dapat gaji besar-besar, lepas tu boleh beli rumah besar, kereta besar dan isteri yang tak besar. ops! kalau belajar agama nanti jadi imam, bilal, tok siak. kalau ada peluang boleh jadi mufti. tu pun kerja makan gaji sahaja. bila dah tua nanti baru aku nak belajar. muda-muda ni enjoy la dulu.

kenapa nak join usrah? kalau dah namanya orang islam, dekat akhirat nanti masuk syurga jugak. membazir masa le join usrah ni. orang lain boleh study macam-macam, lepas tu berjaya, dapat first class honour lagi. yang kau pergi usrah, fail. yang tolong kau tu bukannya usrah tapi study. study tu yang penting. kenapa nak dakwah? orang lain boleh buat kerja tu. bukannya kau berdosa pun kalau tak buat. fardhu kifayah je pun. lagipun, bukannya islam tu nak naik pun kalau kau pergi berdakwah. baik kau pergi study je la.

-dan kami telah menunjukkannya dua jalan. maka mengapa dia tidak memilih jalan yang mendaki? dan tahukah kamu apakah itu jalan yang mendaki? iaitu memerdekakan hamba. atau memberi makan pada hari yang terjadi kelaparan. kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat. atau orang miskin yang sangat fakir. kemudian dia menjadi orang yang beriman dan beramal saleh dan saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan berpesan-pesan kepada kasih sayang. mereka itulah golongan kanan.-

1 comment:

Anonymous said...

Mendalam siot... woah. 0.0. Terkedu aku.