Sunday, December 12, 2010

kisah pemain bola

Bismillahirrahmanirrahim.

kita pernah jatuh. bukan manusia jika dia tak pernah jatuh. dan kadang-kadang kita jatuh berkali-kali. ada yang jatuh terduduk, ada yang jatuh melentang, ada yang jatuh tertiarap. umpama seorang pemain bola, kalau tak pernah di'tackle' memang ajaib. setiap orang pernah jatuh. seperti manusia-manusia yang lain, jatuh adalah satu kepastian. namun, apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah adakah kita akan bangun atau tidak.

seorang pemain bola yang terjatuh, terus dia berdiri. walaupun masih sakit, walaupun mengalami luka-luka, dia terus sahaja berdiri. kerana dia tahu, dia masih belum boleh berhenti. wisel masih belum ditiup, dan permainan masih lagi berjalan. bola masih lagi bergerak, dan gawang gol masih berdiri tak berganjak. lalu, dia melangkahkan kakinya, dengan kudrat yang masih ada dia berlari mendapatkan bola itu. tanpa memikirkan luka-luka yang ada pada dirinya. langsung melupakan peristiwa yang baru dia alami. dia terus membawa bola dan menendang ke arah gawang gol. dialah pemain yang berjaya.

seorang pemain yang lain, terjatuh. kesakitan yang dialaminya sama sahaja dengan kesakitan yang dialami oleh pemain yang pertama. luka-lukanya terasa perit, menghalangnya dari terus bangun.dia lupa akan tujuan dia berada di atas padang itu. dia lupa, namun lupanya itu hanya sementara. dengan bantuan rakannya, dia bangun. dan meneruskan permainan itu. walaupun tak secergas sebelumnya, dia tetap bermain. sokongan rakan-rakannya menaikkan semangatnya, walaupun sebelum ini dia seolah-olah ingin berhenti. dialah pemain yang biasa.

seorang lagi pemain, juga terjatuh. kesakitan yang dialaminya sama sahaja dengan pemain yang lain, malah kurang dari yang sebelumnya. namun, luka-luka yang dialaminya membuatkan dia terus terbaring. bukan kerana sakit, tetapi kerana malu. malu kerana terjatuh. padahal pemain yang lain turut pernah terjatuh, dan mereka masih bermain. lalu dia lupa tujuan dia berada di atas padang. rakan-rakan yang ingin membantunya turut dimarahi. fikir dia, "biarlah aku terbaring di sini, aku tidak berguna, sia-sia sahaja aku bermain". lalu dia terus berbaring, sedangkan permainan masih berjalan. dan dia terus berbaring sehingga permainan tamat. dialah pemain yang gagal.

aku, pemain yang kedua. aku pernah jatuh, lalu terduduk memikirkan kenapa aku terjatuh. namun, sahabatku terus membantuku. dia menghulurkan tangan kepadaku, meminta aku berdiri dan terus bermain. dan aku pun berdiri, dan terus bermain. aku tak ingin menjadi seorang yang gagal. walaupun aku masih jauh dari menjadi seorang pemain yang berjaya, aku memasang cita-cita untuk menjadi sepertinya. jatuh tak bererti gagal, jatuh adalah satu kepastian. gagal adalah tidak bangun selepas kita terjatuh.

ada pulak yang sengaja terjatuh. pulak

2 comments:

Anonymous said...

teruskan bangkit no matter how many times we fall!

ONE MORE TIME!

ONE MORE TIME!

ONE MORE TIME!

safwan roslan said...

aku suka ayat ni..

"bola masih lagi bergerak, dan gawang gol masih berdiri tak berganjak"

haha.. nice post bro. well done.