Saturday, December 18, 2010

tentang cinta dan remaja

Bismillahirrahmanirrahim.

aku bukanlah orang yang arif tentang hal percintaan. jauh lagi dari hal-hal nikah kahwin. aku bukanlah doktor cinta yang mampu merawat jiwa yang koyak. aku cuma seorang yang biasa. namun aku tahu, cinta yang sejati tidak sama dengan cinta yang palsu.

jiwa remaja selalu tak tenteram. memang tak boleh dinafikan, perubahan hormon banyak mempengaruhi perlakuan remaja. apabila testosterone mula galak, macam-macamlah yang dibayangkannya. mulalah dia hendakkan itu dan ini. sampai si ibu pening melayan kerenah anaknya. bila dikongkong, mulalah si anak membantah. walau diasuh sebaik manapun, jiwa remaja tetap akan memberontak. kerana itulah timbulnya macam-macam masalah sekarang. derhaka pada mak bapak, lari dari rumah, buang anak, sampai negara huru-hara.

jangan dihukum jika remaja inginkan sesuatu. namun, bimbinglah dia supaya dia tidak tersesat. remaja yang sukakan muzik, jangan dihalang keinginannya. namun, galakkan dia supaya menggunakan muzik untuk dakwah. kanak-kanak yang ingin berkawan, jangan pula dikurung di dalam rumah. sebaliknya, ajarkanlah mereka supaya mencari kawan yang sesuai dan memperbaikkan kawan mereka. anak-anak yang suka ber'facebook' atau menghadap komputer, janganlah kita tutup komputer mereka. sudah pasti mereka akan membangkang kerana tidak diberi sebab kenapa kita menghalang mereka. sebaiknya kita ajarlah mereka bahawa setiap perkara ada baiknya dan ada buruknya bergantung pada untuk apa ia digunakan.

jangan dihukum jika remaja inginkan cinta. sudah menjadi lumrah bagi seorang lelaki mencintai wanita dan sebaliknya. namun, bimbinglah mereka supaya tidak terlalu menuhankan nafsu. ajarlah mereka bahawa dunia ini hanya sementara. tidak mengapa untuk mengejar dunia, tetapi janganlah lupa saham kita di akhirat. dan jangan pula kita terlalu mengejar akhirat sedangkan dunia kita lupa. bertolak ansurlah di antara kedua-duanya. ajarlah para remaja bahawa cinta kita pada dunia tidak patut melebihi cinta kita pada Allah. ajarlah mereka bahawa cinta kita pada seseorang tak membawa kebaikan jika tidak disertai cinta kita pada Allah.

aku juga seorang remaja. aku juga suka pada wanita. namun bagiku tiada cinta yang lebih agung berbanding cinta Allah pada kita dan cinta kita pada Allah. kerana itu, aku sering mengatakan pada orang-orang yang aku suka:

"uhibbukum fillah!"

2 comments:

IZZAT HAFIFIE said...

mantop la sobri....

Afham said...

aku setuju gembo. diam2 ubi berbuah (bak kata statusmu)

teruskan menulis dalam mengembangkan dakwah Sobri