Saturday, January 22, 2011

virus-virus ukhuwah#3: sikap acuh

bismillahirrahmanirrahim.

seorang sahabat, apabila dia teringat pada rakannya di waktu malam, tak tenang hatinya. dirinya resah, "apakah yang sedang rakanku lakukan? kenyangkah dia, atau adakah dia sedang lapar? adakah dia sedang gembira, atau sekarang dia merasa sedih? adakah dia sedang tidur lena? atau adakah dia juga merasa resah sepertiku?" keesokan harinya, dia terus menemui rakannya dan memeluknya.

dua seorang sahabat, berpisah kerana tuhan. seorang terpaksa tinggal di negeri itu, seorang lagi pergi menyebarkan seruan di negeri yang lain. namun, apakan daya, tuhan lebih mengetahui. lalu yang tinggal merelakan pemergian yang pergi. namun, takdir tuhan, siapa yang tahu. mereka kembali bertemu di negeri bercahaya. mereka melepas rindu, meluahkan rasa hati dan syukur. bagaikan dunia itu syurga setiap kali mereka bertemu. namun, apakah daya, tuhan merancang segalanya. lalu, berkatalah sahabat yang hidup, "di syurga nanti kita bertemu".

seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan terpaksa berpisah dengan rakannya. gelap matanya, terasa dunia sempit menghimpitnya. namun, dia tetap terima hukumannya dengan rela. setiap hari dilaluinya dengan sukar. manakan tidak, jika sahabat secara fisikalnya dekat, namun secara rohnya berjauhan. kemudian, datang utusan dari seorang raja, mengkhabarkan bahawa sang raja ingin membantunya. lalu, dia mengambil surat dari raja itu dan membakarnya. betapa kejauhan dia dari sahabatnya langsung tidak melunturkan rindunya padanya. lalu, apabila dia dibenarkan untuk bertemu sahabatnya, betapa gembiranya dia sehingga baju yang dipakainya hilang entah ke mana!

seorang sahabat, apabila dia sedar dirinya akan pergi meninggalkan temannya. hatinya resah memikirkan bagaimana sahabatnya apabila dia pergi. namun dia tahu bahawa apabila ajal sudah sampai, tiada sesaatpun yang terlewat. lalu, dia pun menyampaikan satu wasiat, "aku tinggalkan padamu dua perkara, yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang padanya, iaitu al-quran dan hadis nabi". saat dia menyampaikan wasiat itu, sahabatnya menangis. sahabatnya tahu bahawa mereka akan berpisah tidak lama lagi.

apabila takdir menyapa, berpisahlah nyawa dari jasad. ketika itu, hampir semua orang terpinga-pinga. lalu, datanglah sahabat yang tinggal kepada jasad sahabat yang telah pergi. dia mengucup jasad yang kaku itu dan keluar. lalu dia menyeru kepada yang masih kebingungan, "barangsiapa yang menyembah muhammad, ketahuilah bahawa muhammad telah mati. dan barangsiapa yang menyembah Allah, Allah hidup dan tidak mati".

"...dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah..."
indahnya pertemuan yang disulami ketakwaan dan harumnya perpisahan yang dihiasi kerinduan!

bile aku google 'ukhuwah', 80% image ada gamba camni...

No comments: