Monday, February 14, 2011

tentang cinta dan pengorbanan

23 tahun adalah masa yang lama. mana mungkin seseorang tidak merasa bosan melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, mana mungkin jika tiada pendorong yang menguatkannya. mana mungkin seseorang tidak merasa sedih dihina, dipulau dan dihalau demi satu prinsip, mana mungkin jika tiada tempat untuk dia mengadu. mana mungkin seseorang mampu bertahan apabila yang selama ini menyayanginya kini memeranginya, mana mungkin jika dia tidak mencintai sesuatu yang lebih agung.

rasulullah adalah contoh terbaik dalam membicarakan soal pengorbanan. harta, keluarga, teman sepermainan, semuanya dikorbankan demi menyebarkan dakwah. kepimpinan dan wanita tidak menggugat cintanya pada sang pencipta. tanah air sanggup ditinggalkan kerana perintah kekasihnya. kaum kerabat diperangi demi menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman. dan tatkala ajal mendatangi, tiada dia meminta ditangguhkan sedikit masa untuk mengirup udara dunia. kerana cintanya pada Allah, apa sahaja sanggup dikorbankan.

cinta dan pengorbanan tidak boleh berpisah. tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta. kerana cinta tanpa pengorbanan adalah kata-kata kosong dan penipuan manakala pengorbanan tanpa cinta adalah tanda kebodohan.


dalam kehidupan ini, kita akan sentiasa ditarik oleh dua tarikan; tarikan keimanan dan tarikan syaitan. sesiapa yang menurut tarikan keimanan, beruntunglah dia dan begitulah sebaliknya. pilihlah siapa yang ingin kalian ikuti, kerana kalian bertanggungjawab terhadap diri kalian sendiri.

No comments: