Monday, February 21, 2011

tunas-tunas musim bunga

tunas itu muncul di awal musim bunga. setelah hujan yang melanda selama beberapa minggu lamanya diganti dengan sinar mentari. tunas itu masih kecil, masih kemerah-merahan. tunas itu melihat sekelilingnya. dia melihat daun-daun yang lebih besar darinya. dia merasa malu apabila melihat dirinya yang kecil berbanding daun-daun lain. lalu datanglah sehelai daun yang agak sederhana besarnya kepadanya. kata daun itu, " wahai tunas, jangan kau berasa malu, kerana kami dahulu juga merupakan tunas-tunas, kemudian kami berusaha sehinggalah kami menjadi dedaun yang hijau."

daun itu mengajak tunas itu bersama daun-daun yang lain. dalam kelompok daun itu, ada yang lebih besar dari yang lain, ada pula yang lebih hijau dari yang lain. tunas itu mencari-cari jika ada tunas-tunas yang lain. dan dia melihat terdapat sekumpulan tunas yang sedang berkumpul di hadapan sehelai daun yang besar. dia duduk bersama mereka dan mendengar nasihat daun itu.

musim bunga telah berlalu kan kini musim panas menjelang tiba. tunas muda itu sudah berkembang menjadi daun yang segar dan hijau. walaupun dia sudah menjadi daun, dia masih lagi membahasakan dirinya sebagai tunas di hadapan daun-daun yang lebih tua. namun, itu tidak menjadi masalah untuk dia menjadi mentor kepada tunas-tunas yang baharu tumbuh. baginya, tunas-tunas itu haruslah dibimbing supaya mereka juga dapat berkembang sepertinya.

angin musim luruh yang melanda membawa kesejukan yang melampau. si daun yang segar itu melihat ada rakannya yang gugur. lalu dia berdoa kepada tuhan sang pencipta, " wahai tuhan, janganlah engkau gugurkan aku dan tetapkanlah aku kepada pohon ini." maka, tuhan sang pencipta pun berkata, " janganlah engkau bersedih, jika engkau tetap dalam pohon islam ini, Aku tidak akan menggugurkan engkau. dan suatu hari nanti, apabila kau menemui Aku dan engkau masih tetap dalam pohon ini, ketahuilah bahawa Aku meredhaimu dan kau akan meredhaiKu." dan daun itu tetap bertahan dalam pohon itu.




-aku dahulu adalah tunas, kemudian aku berkembang menjadi daun. aku bukanlah daun yang paling besar atau yang paling hijau atau yang paling segar. namun, aku adalah mentor kepada diriku dan kepada sesiapa yang mengambil manfaat dariku. aku juga adalah mentee kepada diriku dan sesiapa yang memberi bimbingan dan peringatan. dan aku akan tetap teguh dalam jalan dan pohon islam. ameen-

No comments: