Sunday, March 6, 2011

cukuplah bagi kami islam

komunisme.
sekularisme.
hedonisme.
feminisme.

islam liberal.
islam plural.
islam moderate.

bukankah al-quran telah mengatakan bahawa orang yahudi dan nasrani tidak akan redha selagi kita tidak mengikut 'millah' mereka? jika mereka tidak mampu membawa kita kepada agama mereka, sekurang-kurangnya, mereka mahu menjauhkan kita dari 'millah' ibrahim yang lurus. dan lihatlah, setelah beratus tahun merancang, Allah menentukan bahawa rencana mereka menimpa kita.

dan apabila umat islam ditimpa kehinaan, ramailah yang bangkit mahu mengembalikan kegemilangannya. ada yang berpendapat bahawa negara islam perlu didirikan dahulu. ada pula yang mahu melancarkan 'perang baru' ke atas barat. ada yang berpendapat islam perlu dicari di celah-celah meja teh, sudu, garfu dan french toast. ada pula yang bergurukan karl marx dan lenin. ada yang mahu menggulingkan kerajaan yang korup semata-mata kerana islam. ada yang berpendapat bangsa mereka harus bangkit dahulu supaya islam bangkit.

mungkin mereka lupa, atau tiada dalam kitab-kitab ustaz mereka, bahawa umar pernah berkata, "kita dimuliakan kerana islam, jika kita mencari kemuliaan selainnya, hinalah kita". umat islam dihina kerana mereka lupa pesan ini. mereka fikir islam itu hanya di mahkamah syariah dan ritual semata-mata. lalu, dalam hal-hal lain, barat dijadikan rujukan. kerana itulah mereka dihina.

islam bukan agama.

islam adalah ad-deen.

islam adalah satu cara hidup. yang datangnya sebagai satu pakej yang lengkap. hilang satu dari ciri-ciri islam, ia bukan lagi satu pakej seperti mana yang asal. itulah islam. islam tidak sama dengan kristian, budhha, hindu. malah cubaan menyamakan islam dengan yang lain seakan menyamakan Allah dengan manusia.

bukankah kata-kata umar sudah boleh dijadikan panduan kepada orang yang mengimpikan kebangkitan semula islam dan tertegaknya khalifah di muka bumi? cara apakah yang lebih baik lagi berbanding cara yang telah ditunjukkan oleh para sahabat yang gurunya rasulullah?

dan bagi kami, cukuplah islam.

No comments: