Wednesday, March 23, 2011

di manakah suara-suara kecil itu

di manakah suara-suara kecil itu?
di manakah suara kebenaran itu?
di kotakah? atau di kampungkah?
di universiti? atau di pondok?
di hutan besi? atau di sawah padi?
di manakah suara kecil itu?

aku melihat dunia hari ini
gelap, suram, gelita
orang ramai berkata kepadaku
marilah pergi 
kepada lampu neon itu
dan aku berkata kepadanya
aku sedang menunggu sinar mentari

di manakah suara-suara kecil itu?
aku sedang menunggu suara kecil itu
di celah kegelapan hari ini

kerna kau tahu
bahawa dunia hari ini
hanya gerhana, bukannya terbenam mentari

No comments: