Monday, April 11, 2011

mereka yang disangkarkan

saya jarang membaca kembali apa yang saya tulis selepas ianya disiarkan. kata orang, takut timbul rasa riyak. lagipun entah berapa kali saya meng'proofread' sebelum menekan butang 'publish post'. (jawapan: jarang sekali)

tapi kali ini dan untuk post ini, saya rasa ada sesuatu perkara yang perlu di'clarify'kan. kerana saya fikir saya mesti memahamkan mereka, mengapa seekor burung mahu terbang walaupun sebelum ini dia hidup selesa di dalam sangkar.

sudah menjadi fitrah burung untuk terbang bebas. kenapa dikatakan fitrah? adakah saya telah bercakap dengan mereka, atau membaca wahyu yang diturunkan pada mereka. sudah pasti tidak, kerana saya bukan nabi sulaiman dan tulisan saya tidak sama dengan cakar ayam (cakar ayam lagi kemas dari tulisan saya).
tetapi saya punya akal untuk melihat bahawa sayap yang megah di sisi burung itu sudah pasti tidak akan diciptakan tanpa ada tujuan. sudah pasti sayap itu digunakan untuk terbang. kerana itulah saya merumuskan bahawa fitrah burung itu adalah terbang.

namun, adakah mereka yang disangkarkan mampu melihat fitrah ini? apabila mereka selesa dengan tempat tinggal yang tersedia bagi mereka, dan kehendak hawa nafsu mereka semuanya dipenuhi, adakah mereka akan berfikir tentang diri mereka, tentang sayap mereka? saya serahkan soalan ini pada mereka.

bagaimana pula dengan kita? adakah kita disangkarkan atau sedang terbang di langit tinggi?

1 comment:

Sachi Asukai said...

nice statement and quotes over here:)