Saturday, July 9, 2011

Mereka yang Menang

mereka yang menang hari ini
adalah mereka yang melihat pada bintang
yang jatuh cinta pada bintang
yang inginkan bintang
lalu kerna cintanya dia bangkit
tangan menggapai kaki berjengket
yang mampu menaiki roket
yang tak mampu melompat gagah
kerna cinta pada si bintang

mereka yang menang hari ini
adalah mereka yang melihat api menyala
yang tidak sedikitpun gentar
apatah lagi ragu atau gusar
lalu diapun menyusun langkah
mara ke hadapan gagah
yang ramai berpegang tangan
yang seorang mencekak pinggang
api terasa bagai ais kacang

mereka yang menang hari ini
adalah mereka yang melihat derita hari ini
yang melihat buruknya semalam
yang melihat busuknya keduniaan
lalu dia duduk memikir
tentang hari esok
bagaimana hari esok akan dicorakkan
adakah dia ingin duduk sahaja
atau bangun melakar seribu daya?

mereka yang menang hari ini
tiada nama
tiada kuasa
tiada harta
kerna nama
kuasa
dan harta
tak bermakna
di sisi sang pencipta

mereka yang menang hari ini
bergembiralah
kerna esok adalah hari yang baharu
dan akan ada pemenang yang baharu
adakah mereka esok masih ada?
tiada siapa yang tahu

oleh itu,
bergembiralah

No comments: