Tuesday, August 23, 2011

#50 Kita yang berada di persimpangan jalan

insyaAllah, jika diizinkan Allah, post ke-53 akan didekasikan sempena hari kemerdekaan tanah air kita. kerana cinta dan rindu dan sayangnya seorang anak kepada ibu.
***



manusia terbahagi kepada berbagai tahapan. ada yang masih belum sedar, ada yang sedang mencari-cari, ada yang sudah berputus asa lalu kembali pada kejahilan dan ada yang diberi hidayah lalu dia melihat apa yang di hadapan. penglihatannya yang sebelum ini kabur, dikaburi oleh debu-debu jahiliyyah kini terbuka luas. lalu dia melihat sesuatu yang begitu dia tidak sangka sebelum ini. dia melihat di hadapannya ada satu persimpangan, yang mana jalan yang dia tempuhi berpecah kepada dua jalan berbeza. satu jalan menghala ke kiri. satu lagi menghala ke kanan.


lalu dia berhenti sejenak. dan dia berfikir. dan dia bertanya kepada dirinya, "jalan mana yang harus aku ikut?" dan dia melihat pada jalan yang menghala ke kiri. jalan tersebut sangat luas, landai, tiada onak dan duri. namun, jalan tersebut menghala ke arah jurang yang dalam, yang penuh dengan ular berbisa. dan dia mengalihkan pandangannya pada jalan yang satu lagi. jalan yang menghala ke kanan. jalan ini kelihatannya penuh dengan duri-duri dan semak belukar. namun di penghujung jalan ini ada sebuah taman yang indah menanti ketibaan sang pengembara.


akal berfikir, nafsu membisik, iman berbicara. lalu diapun berjalan di atas jalan pilihannya.


dia sudahpun memilih jalannya. 
apa pula jalan pilihan kita?

No comments: