Thursday, August 25, 2011

#51 Titisan air mata untuk si jahil

insyaAllah, jika diizinkan Allah, post ke-53 akan didekasikan sempena hari kemerdekaan tanah air kita. kerana cinta dan rindu dan sayangnya seorang anak kepada ibu.
***



kerana kita berasal dari bapa yang sama, dari ibu yang sama. kerana darah kita sama merah, sama pekatnya. kerana kita adalah manusia, makhluk yang diciptakan oleh Allah. lalu dijadikan untuk kita satu fitrah saling menyayangi, saling bersaudara. jika salah seorang dari kita berasa sakit, kita juga akan terasa walau sedikit. jika salah seorang dari kita ditimpa kesusahan, kita juga yang berasa resah. kerana itulah naluri kita sebagai manusia yang hidup bersama.


dan telah termaktub bahawa setiap manusia itu lain hatinya dan lain pula kefahamannya. lalu dengan rahmat Allah, ada yang mendapat hidayat dan ada yang masih belum menjumpai apa yang dicari. dan mereka yang hatinya bersih dari debu jahiliyyah memandang segalanya dari dimensi asing. dan mereka melihat sebahagian besar dari manusia berada begitu hampir ke jurang kehancuran. manusia-manusia ini tidak sedar bahawa mereka hampir jatuh ke dalam jurang itu. 


lalu kerana fitrah yang tertanam dalam hati, muncullah sekumpulan manusia yang menarik manusia jauh dari jurang tersebut. dengan slogan "seruan kita adalah kasih sayang", mereka tanpa henti menghulurkan tangan mereka untuk si jahil. namun, kerana sedikitnya mereka dan ramainya orang yang di ambang kehancuran, tidak semua mampu diselamatkan. dan dengan rasa rendah diri, mereka mengakui kelemahan mereka di hadapan rabb, mengalirkan air mata untuk si jahil. hanya kerana mereka adalah manusia.

No comments: