Saturday, August 27, 2011

#52 pendakian dan kesedaran

insyaAllah, jika diizinkan Allah, post ke-53 akan didekasikan sempena hari kemerdekaan tanah air kita. kerana cinta dan rindu dan sayangnya seorang anak kepada ibu.
***



manusia terbahagi kepada beberapa peringkat kesedaran. ada yang masih lena. ada yang baru bangun dari tidur. ada yang sedang mencari-cari. ada yang sudah berhenti mencari, kepenatan. ada yang sudah putus asa lalu menyambung tidurnya kembali. ada yang telah berjumpa dengan apa yang dicari. ada yang apabila melihat  realiti, berasa terkejut lalu tidur kembali. ada yang berani lalu dia mendaki. ada yang kepenatan mendaki lalu dia turun kembali. ada yang tidak mahu berputus asa, dan dakiannya diteruskan samada secara perlahan atau laju.


hakikatnya, kita semua ada destinasi yang harus kita tuju. namun, kerana kita adalah manusia, ada di antara kita yang masih belum sedar. ada yang sudah sedar, namun takut untuk mula mendaki. ada yang sudah tidak tahan, lalu diapun mundur jatuh. ada yang penat, lalu dia pun memberhentikan kaki. dan begitu ramai orang yang berada di kaki bukit berbanding yang berada di atas. 


lalu orang yang berada di atas melihat pada mereka yang di bawah. dan hati-hati mereka berbisik, " mana mungkin kaki ini harus berhenti selagi belum sampai ke destinasi yang dituju." dan dengan kesedaran yang ada, merekapun menghulurkan tangan mereka kepada yang di bawah, memimpin mereka naik. dan dengan suara dan sahutan yang lantang, mereka menaikkan semangat yang sebelum ini pudar. kerana mereka adalah manusia. 

No comments: