Thursday, September 29, 2011

Coklat Cadbury (2)

nikmat yang Allah beri pada kita sangatlah banyak, namun betapa sedikitnya syukur kita kepadaNya.

cuba bayangkan jika suatu hari nanti, Allah ingin menarik balik nikmat rasa yang Dia beri, lalu dicabutNya saraf 'olfactory' yang tugasnya menghantar 'signal' dari hidung ke otak. dan kerana deria bau dan rasa saling berkaitan, apabila sel saraf ini rosak, maka deria rasa juga akan turut terjejas.

lalu, makanan pun terasa tawar. tiada lagi manis, tiada lagi masin, tiada lagi masam mahupun pahit. tiada lagi rasa-rasa yang membangkitkan selera kita sebelum ini. roti dan buah terasa sama. beza nasi beriani dengan nasi goreng (atau nasi kerabu) hanyalah pada warna. air kopi atau coklat panas? atau adakah ianya selut? dan pada masa itulah kita akan benar-benar merasai betapa nikmatnya apabila kita boleh merasa?

dan nikmat yang Allah beri pada kita sangatlah banyak. dan nikmat apa lagikah yang kita hendak dustakan?

No comments: