Tuesday, September 27, 2011

Saya tidak menolak poligami

post ini tiada kaitan dengan poligami. ia juga tiada kaitan dengan soal perkahwinan mahupun jodoh. juga tiada kaitan dengan keluhan para suami yang berkorban beratus atau berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk hantaran. mungkin saya akan bercerita tentang perkara-perkara tersebut di lain hari. tapi bukan pada hari ini.

hikmah orang tua-tua adakalanya disampaikan melalui cerita. kerana cerita yang mengandungi mesej yang mendalam, lalu disulami dengan ayat-ayat dan gaya yang indah amat menarik hati orang muda. kerana itulah cerita ini, yang lahir dari buah fikiran seorang yang sampai pada saya akan saya ceritakan pada kalian semua.

ini adalah kisah seorang lelaki dengan empat orang isterinya. isteri pertama, isteri tua. lelaki ini selalu mengabaikan isterinya yang tua ini. dasar lelaki, yang tua-tua selalu kena tinggal. isterinya yang nombor dua, adalah tempat lelaki itu mencurahkan segala perasaan; marah, benci, kasih, suka, duka. dialah tempat yang si lelaki akan pergi jika dia ada masalah. isteri yang nombor tiga, adalah isteri yang paling cantik sekali. bertuah betul si lelaki itu tatkala wanita idamannya menjadi miliknya. lalu, dijaganya isteri nombor tiga sampaikan lelaki-lelaki yang lain tak dibenarkan melihatnya apatah lagi nak sentuh-sentuh usik-usik. dasar lelaki, kalau cemburu tu bukan main lagi, kalah pompuan. dan isterinya yang nombor empat, adalah isterinya yang paling muda. kerana itu, si lelaki itu paling menyayangi isterinya yang paling muda itu. dasar lelaki, asyik nak cukup kuota je, hehe.

lalu tibalah saat malaikat maut datang ,menjemput lelaki itu. tatkala di perbaringan, si lelaki itupun memanggil keempat-empat isterinya. lalu berkatalah sang suami, "maut sedang menungguku, dan aku akan pergi meninggalkan dunia ini. sudikah kamu menemaniku bersama-sama ke alam seterusnya?"

lalu si isteri yang ke-empat pun berkata, "wahai suamiku, aku ini masih muda. dan aku tidak mencintai kamu seperti mana kamu mencintaiku. maafkan aku, aku tidak mampu menemanimu."

kemudian isteri yang ke-tiga pula berkata, "wahai suamiku, aku ini masih cantik. masih menjadi pujaan jejaka-jejaka di segenap kampung. maaf kerana, aku tidak akan menemanimu. setelah kau mati, pasti akan ada jejaka lain yang akan meminangku."

seterusnya isteri yang ke-dua pun berkata dengan nada kesedihan, "wahai suamiku, kau telah curahkan segala perasaan dan kasihmu kepada ku. dan aku juga telah membantumu setiap kali kamu ditimpa kesusahan. namun, kali ini aku tidak dapat membantumu. maafkan aku."

si lelaki itu berasa amat sedih mendengar balasan isteri-isterinya. lalu, isterinya yang paling tua pun berkata, "wahai suamiku, aku telah bersama dengan kamu mengharungi hidup ini sejak sekian lama. lebih lama dari isterimu yang lain. oleh itu, izinkanlah aku menemanimu di alam yang seterusnya."







***
isteri yang ke-empat adalah tubuh badan kita. kita sering menjaga kesihatan kita sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. apabila sakit, beribu-ribu wang ringgit dihabiskan kerana hendak sihat. namun, maut akan datang dengan tiba-tiba, lalu jasad pun bersemadi dalam bumi.

isteri yang ke-tiga adalah harta yang kita telah kumpul dan simpan. betapa lokeknya kita untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. betapa angkuhnya kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. padahal, apabila malaikat maut tiba, harta itu akan berpindah milik kepada orang lain pula.

isteri yang ke-dua adalah keluarga, rakan dan kesayangan kita. kepada merekalah dicurahkan segala kasih sayang, dikongsi segala suka dan duka, pahit manis hidup. namun, saat perpisahan akan tiba jua dan yang masih hidup akan bercerai dengan yang sudah mati.

isteri yang pertama adalah roh kita. hati kita. jiwa kita. dialah isteri yang selalu kita lupa. dia telah bersama-sama kita sejak kita lahir lagi. dan dialah yang akan menemani kita selepas ini.

tanyalah diri kita, selama ini, adakah kita telah berlaku adil kepada isteri-isteri kita?

No comments: