Monday, October 3, 2011

Sesejuk udara Dublin sesekali tidak akan memadamkan api dakwah kami

kerana agama ini adalah dari Allah. Dialah yang menciptakannya, Dialah yang melengkapkannya dan Dia telah redha bahawa agama inilah sahaja yang diterima di sisiNya. dan cahaya ini tidak akan dapat dipadamkan oleh tangan-tangan perosak. kerana Allah pasti akan menjaga agama ini dan Dialah sebaik-baik penjaga.

seperti cerita-cerita yang lain, cerita ini juga ada heronya. hero inilah yang akan berhempas pulas untuk menyelamatkan keadaan dan mengalahkan orang jahat. hero inilah yang akan berdepan dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang tersedia untuknya demi mencapai matlamatnya. hero inilah yang akan bangkit setelah dia jatuh, tanpa lelah, tanpa penat, tanpa ragu-ragu. dan seperti cerita-cerita yang lain, hero inilah yang akan mencapai kemenangan.

ya, hero itu adalah kami dan orang-orang yang bersama kami. demi satu matlamat, kami teruskan perjuangan ini. kami lawan hawa nafsu dan syaitan, kami tentang kebodohan dan kezaliman. kami akan bangun dengan segera jika kami terjatuh. bangunnya kami sepantas kerdipan mata, namun bangunnya kami dengan tenang dan tersusun. dan kami beriman dengan janji Allah bahawa kami akan menang. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?

cerita ini hanya sekali. tidak akan diulangi lagi. peluangnya hanya di sini. oleh itu, aku ingin bertanya kepada kamu, "mahukah kamu menjadi hero?"

ada sape2 yg terer buat logo x?

No comments: