Monday, September 5, 2011

Sejarah, masa lalu dan hari ini

sejarah adalah satu interpretasi. interpretasi terhadap fakta-fakta yang digelar fakta sejarah. realitinya, interpretasi ini terdedah kepada pelbagai perkara perosak, samada interpretasi yang berat sebelah atau fakta yang dibuat-buat atau dihilangkan. tanpa satu neraca yang sesuai, mana mungkin sejarah boleh digunakan sebagai hujah ataupun dalil untuk menghukum seseorang atau sesuatu. lalu, apakah neraca yang paling sesuai?

walau begitu banyak yang cuba diubah oleh tangan-tangan yang jahil, masa lalu adalah satu realiti yang tidak akan berubah. apa yang telah berlaku tidak akan bercampur dengan ilusi yang cuba ditimbulkan. kerana pada hakikatnya apa yang telah berlaku sudah tertulis dalam kitab qada' dan qadar. oleh itu, serahusnya tiada sebab untuk kita berasa risau tentang urusan ilahi. bukankah lebih mudah untuk kita mengatakan " Allahu a'lam"?

urusan kita hanyalah pada hari ini. tiada gunanya menangis kerana susu yang tumpah.

1 comment:

Hidayatullah said...

style gak post nh..br ak sedar..sejarah dicipta daripada interpretasi terhadap fakta-fakta yang digelar fakta sejarah..nice2