Thursday, October 20, 2011

Dan Selepas Ini, Apa?

cakera kehidupan mula berputar kembali, dan jarum jam bergerak menandakan masa yang sebelum ini terhenti berjalan kembali. seolah-olah menghampiri pengakhiran jalan, gerak langkah waktu pantas, lebih pantas dari sebelumnya. seolah-olah meraikan usia dunia yang hampit tiba ke penghujungnya. bagaikan tidak sabar-sabar menanti tibanya saat yang pasti. dan manusia yang mengerti pasti akan berlari-lari seiring dengan lajunya larian masa.

sudah beberapa lama sejak musim bunga kembali ke tanah arab. dan buat pertama kalinya sejak sekian lama, cahaya kebenaran bersinar kembali. walaupun sinarnya masih malap dan seringkali disangka sebagai bara api, namun ianya tidak dapat menggoyahkan keyakinan orang yang faham bahawa sinar inilah yang dijanji. ya! dan janjilah Allahlah yang pasti. gerhana akan menyinsing dan mentari pasti akan bersinar lagi.

dan kini hitungkanlah diri kita. apakah kita masih melihat pada masa lalu? adakah kita masih ditipu oleh mimpi-mimpi indah, mimpi yang akan lenyap apabila kita bangun? adakah kita masih belum bangun dari tidur? mengapa hendak tidur kembali? adakah kamu mahu menunggu mentari terik tegak di kepala untuk kamu bangun atau adakah kamu mahu mengambil peluang yang ada di pagi hari? bangunlah, laksana muhammad tatkala didatangi jibril.

cakera kehidupan yang berputar kali ini mungkin tidak akan berhenti lagi. dan ia akan terus berputar sehingga sampai di waktunya.


No comments: