Tuesday, October 18, 2011

Saya mahu perHimpunan yang Bersih 2.0!

isu akidah adalah isu terpenting bagi orang islam, ya! amal maaruf nahi munkar adalah kewajiban bagi mereka yang mengaku sebagai khairu ummah, ya! jihad itu adalah tunjang kepada kebangkitan islam, ya! tetapi dalam kerancakan beramal, ingatlah bahawa persediaan dan juga hikmah itu juga satu kewajiban. berhati-hatilah dalam maju dan majulah dengan berhati-hati.

dalam setiap perkara, ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. tidak bermakna niat yang baik itu hanyalah anganan semata-mata. cuma berjalanlah di atas jalan yang betul. jangan tertipu dengan papan-papan tanda palsu yang diletakkan oleh syaitan dan nafsu. pastikan dalam perjalanan yang panjang ini kamu sentiasa membawa dan melihat pada peta dan kompas kamu. insyaAllah kamu tidak akan tersesat.

sebelum bergerak, pastikan kamu sudah faham. janganlah bermula tanpa ilmu, kerana ilmu adalah penyuluh dalam kegelapan. bawalah bekalan yang cukup, atau lebih sedikit. jangan terlalu sedikit, takut-takut kehabisan di tengah jalan. jadikanlah ibadah dan akhlakmu sebagai benteng di kiri dan kanan supaya kamu tidak terbabas ke dalam jurang. dan akhir sekali, jadikanlah tawakkal sebagai penguat langkahmu.

janganlah berpecah belah, bersatulah. bersatulah walaupun kita punya banyak satu. jauhilah prasangka sejauh-jauhnya. anggaplah diri kita kurang berbanding orang lain dan anggaplah juga diri kita lebih dari orang lain. saat kita memenuhi kriteria yang Allah mahukan, janji Allah akan tiba.

dan mentari akan muncul kembali

No comments: