Friday, October 14, 2011

Nik Aziz, Najib, drMaza dan ustaz Ganu

apakah yang telah berlaku baru-baru ini? apakah yang sedang begitu hangat diperkatakan baru-baru ini? apakah yang menjadi bualan dan bahasan masyarakat di malaysia sekarang ini? tidak lain hanyalah satu perkataan: 'hudud'.

saya di sini tidak akan mengulas persoalan patutkah hukum hudud dijalankan atau tidak. bukan juga untuk membincangkan siapa yang akan dikenakan atau tidak. dan saya akan cuba untuk tidak lagi menulis perkataan itu dalam artikel/post ini.

kerana hukum itu adalah dari Allah. berapa ramaikah di antara kita yang mampu mengatakan sedemikian? padahal bukankah ini adalah hujah terkuat kita? ya, dan pasti akan ada yang mengatakan:
"jika benar hukum itu adalah dari Allah, mengapa hendak dihukum dengan hukuman yang sebegitu 'berat'? sampai perlu potong kaki tangan dan rejam?"

dan jika begitu jawablah: "bukankah Allah maha mengetahui? bukankah Allah maha bijaksana? bukankah Allah itu ar-rahman dan ar-rahim?" dan tanyalah pada mereka, "adakah keadilan yang dibuat-buat oleh manusia itu ataukah keadilan Allah?"

tanyalah kepada mereka lagi, "kamu mengimani hukum-hukum Allah yang lain tetapi kamu ingkar pada hukum yang satu itu?"
dan mereka pun bertanya, "adakah hukum yang lain selain dari itu?"

katakanlah, "kamu tidak mahu si pencuri dipotong tangan tetapi jika salah seorang dari ahli keluargamu dibunuh tanpa sebab, pasti kamu mahu supaya pembunuhnya dibalas dengan hukuman yang setimpal! bukankah itu adalah hukum Allah juga?"

dana katakanlah lagi, "adakah kamu semua fikir bahawa hukum Allah itu hanya pada soal jenayah semata-mata? kamu begitu ralit dengan sebatang pokok sedang terdapat hutan di sekeliling kamu. bukankah bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi beredar mengelilingi matahari kerana Allah telah menetapkannya?"

"tetapi itu bukan huku..."

"begitu mudah sekali kamu! adakah kamu yang pergi ke restoran-restoran dan mengatakan bahawa hanya roti sahaja makanan dan apa sahaja yang bukan roti tidak boleh dimakan?"

"bagaimana kamu tahu yang itu adalah hukum Allah?"

"al-quran. dalamnya terdapat segala macam hukum. sejarah? ada. masa depan? ada. sains? ada. soal ibadah? cara hidup? makan minum? perkahwinan? jual beli? semua ada. dan dijelaskan melalui rasulullah."

"bagaimana jika kami tidak mahu mempercayainya?"

"terpulang kepada kamu. jika kamu mahu mencari kesilapan di dalamnya, carilah. kajilah selama mana yang kamu mahu atau boleh sahaja kamu berdiam diri tidak berbuat apa-apa. dan inilah pemisah antara kita. yang satu percaya dan yang satu lagi tidak. aku telahpun menyatakan hujahku. yang baik itu hanya dari Allah dan mana-mana salah dan silap adalah dari kelemahan diriku."

-titik-

T.I.T.I.K

No comments: