Tuesday, October 4, 2011

Saya tengah marah nih!

bak kata orang putih,

"forgiveness is the sweetest revenge".

ya, kadang kala kita tidak mampu menahan marah. terutama sekali bila kita ada sesuatu yang kita sayang. bila ada sesuatu yang kita ingin pertahankan. tidak kira apa, jika sesuatu yang kita suka dihina, kita pasti akan marah. jika kita berasa marah kerana itu, itulah naluri kita sebagai manusia.

kerana itu, marahlah kerana Allah. bukan marah kepada Allah.
jika mahu marah, marahlah dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah. bukan marah dengan cara yang ditentukan ammarah.

tahanlah kemarahan, dan jadilah orang yang kuat. Allah suka orang mukmin yang kuat.

tahanlah marah dan bersabarlah. sabar itu adalah perisai seperti solat adalah pedang bagi orang mukmin.

maafkanlah kesalahan orang lain kepada kita.

kalian akan dihormati oleh orang ramai.

No comments: