Sunday, November 13, 2011

Apakah Resepi Kemenangan?

- seringkali kita hanya akan belajar apabila kita ditimpa kegagalan dan jatuh, kerana di situlah kita akan menyedari kekurangan yang ada pada diri dan di situlah kita akan sedar bahawa kita hanyalah manusia. dan apabila kita jatuh, bersegeralah untuk bangkit semula. -

sejarah islam ada jatuh dan bangunnya. tiada garis lurus dalam perjuangan ke arah menjadi rujukan alam melainkan hanya untuk memudahkan para-para pemuda yang baru hendak belajar. apabila kita terleka, kita akan jatuh dan apabila kita tersedar kembali, kita akan bangun kembali. itulah sunnatullah. seseorang yang berjalan di atas denai yang berduri dan berbatu pasti akan melihat kakinya supaya tidak tersadung, manakala pemandu yang berada di lebuh raya (Malaysia) kebanyakannya akan memandu dengan laju dan membahayakan dirinya serta orang lain. dan sejarah islam juga ada jatuh bangunnya dan orang ulul albab akan melihat pada sunnah ini dan mengambil pengajaran darinya.

begitu juga dengan hunain. apabila orang islam kebanyakannya berasa bangga dan megah dengan banyaknya bilangan mereka dan hebatnya kelengkapan mereka. ditambah pula dengan kejayaan mereka membuka makkah tanpa banyak tentangan. namun, banyaknya bilangan tentera atau secanggih mana alat kelengkapan tidak akan membantu mereka sedikitpun. lalu, mereka lari lintang pukang tatkala diserang.

dan ketika itulah rasulullah memanggil ahli keluarganya yang terdekat. dan assabiqun alawwalun. dan ahli badr. dan ahli pokok. saat itulah tentera islam mula bangkit semula. tidak cukup dengan itu, Allah menurunkan bala tenteraNya yang tak terlihat. maka, kekalahan mula bertukar kepada kemenangan. dan orang-orang kafir pun lari ke kubu-kubu mereka meninggalkan harta dan anak isteri.

lalu, apakah rahsia kemenangan?
bilangan yang ramai?
peralatan yang canggih?
strategi yang bernas?
tentera yang gagah?


kemenangan adalah hak milik Allah. Dia akan memberikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. dan pada hari hunain, kemenangan yang pada awalnya seolah-olah milik orang kafir diberi kepada orang islam. apabila pengharapan hanya kepada Allah, di saat itulah kemenangan akan turun.

kepada jundullah,
berzikirlah sebanyak yang kau mampu


No comments: