Thursday, January 19, 2012

10 Hari Mencari Diri

Hari #0

Mungkin selepas ini tidak akan ada lagi artikel-artikel tarbawi. mungkin selepas ini tiada lagi karya-karya menyentuh hati. mungkin selepas ini blog ini tidak akan terusik lagi.

kerana itulah pembaharuan itu perlu. kerana diri umpama air, jika bertakung kotor, jika mengalir bersih. pembaharuan yang perlu dilakukan dengan segera, kerana peluang yang ada mungkin tidak akan kunjung tiba lagi.

dan 10 buah artikel selepas ini mungkin akan membuatkan si pembaca termuntah atau loya. kerana 10 buah ini adalah berkisar tentang diri ini. panggillah si penulis ini 'narcissist' atau apapun, kerana tiada siapa yang lebih mengetahui tentang diri ini melainkan Allah.

Ini adalah sebuah permulaan. permulaan kepada sebuah pembaharuan.

No comments: