hidup ini adalah umpama satu jalan yang penuh dengan simpang. kadang kala simpang tiga, kadang kala simpang empat, tetapi tiada yang kurang daripada itu. dan setiap kali aku sampai di sebuah simpang, aku harus memilih jalan mana satu yang harus aku tempuh.
Allah telah memberiku dua pilihan; baik atau buruk. dan setiap pilihan ada kesannya kepada aku. jika aku memilih jalan yang baik, aku akan sampai ke destinasi yang baik, dan begitulah sebaliknya. dan aku perlu memilih jalan mengikut destinasi yang ingin aku tuju.
dan destinasi yang ingin aku tuju adalah syurga Allah. aku tidak ingin pengakhiran selain dari redha Allah. itulah apa yang tersemat dalam hatiku setelah sekian lama aku berada di dunia ini. syurga Allah yang belum pernah aku lihat, yang aku hanya tahu keadaannya melalui wahyu Allah. siapa yang tidak mahu apabila dijanjikan sebuah istana atau taman yang luas dan cantik? dan janji siapakah yang lebih tepat selain janji Allah?
dan kadang kala aku tersilap memilih jalan dan aku semakin jauh dari destinasi aku. dan kemudian aku tersedar lalu membetulkan semula arah perjalananku. kerana aku hanyalah manusia biasa tidak akan lari dari kesilapan.
dan aku berjalan di atas jalan ini, mengejar syurga yang dijanji. moga-moga hasrat hatiku tercapai, dengan izin sang Ilahi.
No comments:
Post a Comment