Sunday, January 29, 2012

Hari#9: Aku dan Masa Depan

aku mahu seorang isteri yang aku cinta padanya lebih dari semua perkara kecuali pada Allah, rasulullah, ibuku dan bapaku. dan aku mahu isteriku mencintai aku lebih dari semua perkara kecuali Allah dan rasulNya. aku juga punya cita-cita untuk berkahwin dan punya keluarga. jangan fikir aku ini bukan manusia biasa. aku juga punya fitrah yang sihat.

aku berhajat agar aku berjaya mencapai hasratku untuk menjadi pakar otak suatu hari nanti. mungkin aku akan diambil bekerja di mana-mana hospital pakar dengan gaji yang lumayan. mungkin suatu hari nanti aku dapat membeli sebidang tanah dan sebuah rumah banglo untuk keluargaku. dan selepas cukup semua keperluan aku dan tanggunganku, aku ingin untuk berkhidmat dengan 'doctors without borders' di negara-negara yang dilanda musibah.

jika diizinkan oleh Allah, aku ingin belajar selama dan sebanyak mungkin. aku ingin untuk memiliki sebuah perpustakaan yang di dalamnya terdapat bermacam jenis buku. tak kira buku perubatan atau seni, dari sejarah ke politik antarabangsa, aku ingin untuk belajar segala-galanya. dan aku fikir aku masih tidak akan puas walaupun beribu buah buku telah aku baca. dan akan aku kumpulkan segala jenis ilmu di dalam perpustakaan aku.

dan masih ada banyak lagi impian yang ingin aku laksanakan sebelum aku mati. dan aku tidak akan tahu bilakah ajalku. dan aku tidak tahu apakah semua impian aku dapat aku tunaikan sebelum aku mati. 

kerana itu, aku memasang satu impian, impian yang aku mampu tunaikan jika aku berusaha. aku mengimpikan redha Allah di akhirat kelak. itulah cita tertinggi aku.

No comments: