Sunday, February 5, 2012

'The Easy Ticket to Jannah'

bayangkan anda sedang berada dalam sebuah keretapi. anda sedang menuju ke sebuah negara yang terkenal dengan keindahan bandarnya atau keunikan sejarahnya. ya, anda kini sedang bercuti di luar negara, menghabiskan duit anda selepas seluruh sel otak diperah dalam peperiksaan beberapa minggu lepas. dan kini, anda sedang berehat menghabiskan masa cuti dan duit anda melancong di luar negara.

berbalik pada situasi tadi, anda sudahpun melintasi beberapa buah negara dengan keretapi. dan masih ada separuh lagi jarak perjalanan yang anda harus tempuhi sebelum sampai ke destinasi yang ingin anda tuju. sedang anda leka dengan pemandangan yang serba indah, bahu anda disentuh oleh seseorang. rupanya-rupanya si konduktor tren ingin melihat pasport dan tiket anda. anda pun dengan tenang memberikan pasport dan tiket anda kepada dia.

macam ini, tapi syarikat lain

si konduktor itupun memeriksa pasport anda, dan kemudian menyerahkan kembali kepada anda. dan dia memeriksa tiket anda pula. dibeleknya sekali, dua kali, berkali-kali. anda pelik, dan dalam masa yang sama resah. kenapa lama sangat dipegangnya tiket itu? kemudian si konduktor itu pun berkata dengan nada yang sopan, "tiket anda ini tidak sah, tiket ini bukanlah untuk tren ini dan tidak pula pergi ke tempat itu. maaf, tetapi anda harus turun di stesen selepas ini dan membeli tiket yang sepatutnya." anda mula tak senang duduk, cuba memujuk dia supaya membenarkan anda menaiki tren itu sampailah ke tempat yang ingin anda tuju. namun, permintaan anda ditolak dan sekarang anda tersadai di sebuah negeri yang asing bagi anda.

awas, sila pastikan tiket yang anda beli itu betul sebelum menaiki tren

...
pernahkah kita cuba membayangkan suatu hari nanti, apabila di hadapan kita dibentangkan titian sirat, lalu kita disuruh oleh malaikat penjaga untuk menunjukkan tiket kita ke syurga. lalu dengan tenangnya kita menayangkan tiket kita, namun dikhabarkan pula bahawa tiket kita itu tidak sah, lalu kita dihumban ke neraka.

pernahkah kita cuba memeriksa diri kita, adakah kita sedang memegang tiket yang sah, yang bakal membawa kita ke syurga? adakah kita pasti bahawa tiket kita itu bukanlah tiket yang dijual oleh ulat-ulat tiket yang suka cari untung tanpa memikirkan orang lain? silalah periksa tiket anda sekarang sebelum terlambat.

hakikatnya, kita semua pasti akan menaiki tren barzakh ke alam akhirat. dan kemudian kita akan menuju ke destinasi kita, samada syurga atau neraka. oleh itu, belilah tiket yang akan membawa kita ke syurga, bukan sebaliknya.

ini tiket tren, bukan tiket ke syurga yek

No comments: